Monday 24 October 2011

AHLI KELUARGA KAMI BERTAMBAH APABILA 'PUTIH TINA' DAPAT BABY

Kami memelihara dua ekor angsa berwarna putih. Kami beli semasa angsa-angsa ini kecil dengan harga RM200.00 sepasang. Yang jantan kami namakan Putih Antan dan yang betina kami namakan Putih Tina. Angsa ini kami tempatkan dalam sebuah kandang di belakang rumah.

Angsa-angsa ini membesar dengan cepat. Setiap hari kedengaran laungan angsa-angsa ini memecah keheningan kawasan rumah kami. Terutamanya jika ada orang datang, makin bertambah kuatlah jeritan angsa-angsa ini. Ada ketikanya kami seronok bermain dengan Si Putih ini. Tapi apabila berak di patio rumah kami, mulalah kami marah kat Si Putih tu.

Putih Tina dah pernah bertelur sebanyak 14 biji. Tapi satu ekor anak pun tak menjadi.  Pada kali ini (kali kedua), ia bertelur sebanyak 9 biji. Setakat hari ini dak menetas sebanyak 5 biji. Kelima-limanya nampak sihat. Tunggu lagi 4 biji yang belum menetas. Kami harap pasangan Putih Antan dan Putih Tina gembira dengan kehadiran anak-anak yang comel itu.


Pasanghan comel 'Putih Antan' dan 'Putih Tina' masa kecik.
 
Putih Antan dan Putin Tina baru tumbuh bulu baru.

Pasangan bahagia ini makin membesar.

Bagai merpati dua sejoli... ke mana-mana pergi, berdua.

Sungguh intim dan bahagia.
  
Aksi Putih Antan depan kamera.

Putih Tina bertelur buat pertama kali.

Putih Antan sibuk nak bergambar sama semasa
kamisekeluarga bergambar di halaman 
rumah di pagi Aidilfitri.

Memang Si Putih ni suka bergambar...
 
Telur Putih Tina dah mula menetas.

Sungguh comel anak-anak Putih Tina ni...

Putih Tina memerhatikan anak-anaknya yang comel.


Monday 17 October 2011

TEMBOK PAGAR RUMAH KAMI DI TAIPING REBAH KE BUMI

Minggu lepas penyewa rumah kami di Taiping menghubungi kami. Tembok pagar di belakang rumah telah rebah ke arah rumah jiran di belakang rumah. Tembok pagar yang tingginya 5 kaki dan panjangnya 60 kaki rebah keseluruhannya.

Hari Sabtu dan Ahad semalam kami balik ke Taiping untuk melihatnya sendiri. Penyewa rumah telah mencari tukang rumah untuk membersihkan runtuhan tembok itu dan kemudiannya memperbaiki pagar itu. Kerja bermula pada hari Isnin 17 Oktober 2011. Kami ganti dengan pagar kawad.