Showing posts with label Jalan-jalan.... Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan.... Show all posts

Sunday, 7 June 2015

JALAN-JALAN KE PERLIS - NEGERI KECIL TAPI MENARIK

Pada awal Jun lalu kami merayau ke Perlis negeri di utara Semenanjung Malaysia. Sebenarnya kami nak pergi makan kenduri bapa saudara di Pulau Pinang. Namun oleh kerana putera kami Fakhrul Razin b Hasan yang berada di Perlis, jadi kami jenjalan di Perlis. Fakhrul Razin buat ketika ini menjadi pensyarah di UiTM Perlis dan menyewa rumah di Arau.

Perlis negeri kecil tapi cantik. Yang menarik hati kami ialah sawah padinya yang terbentang luas, bukit batu kapur, dan mangga harumanis. Pada masa kami ke sana, musim harummanis dah sampai ke penghujung. Dapatlah juga merasa, memang sedap.

Jika ke Perlis memang tak sah kalu tak pi Padang Besar. Bukan nak shopping, tapi nak menikmati makanan ala Thai... Melayu Tahailand. Hari itu kami menikmati laksa lemak, sup Thai dan ice-cream nyior. Memang sedap. Di Kuala Perlis kami menikmati nasi daging batang pinang bakar. Pun sedap. Yang paling unik apabila kami bersarapan di Nasi Kandar Pokok Petai di Mata Ayer. Rumah makan ini seratus peratus perabotnya dibuat daripada kayu balak. Cantik sekali.

Walaupun dah beberapa kali melawat Gua Kelam, kali ini kami melawat lagi. Terfikir dan kagum kami bagaimana pelombong-pelombong zaman dulu melombong dalam tanah di bawah bukit tanpa peralatan yang canggih dan berkeadaan gelap. Sekarang ini walaupun ada lampu elektrik, keadaannya masig gelap. Betapa nekadnya pelombong-pelombong itu. 

Kami pergi juga ke ladang mangga harumanis. Musim dah hujung-hujung begini tak dapatlah buah yang betul-betul baik punya. Harganya yang tinggi memnjadikan kami tak beli, sementelah pula Fakhrul Razin dah beli dan disimpan harumanis dalam peti sejuk di rumahnya. Singgah di rumah seorang kawan Azhar Ariffin yang tinggal di Mata Ayer, kami dijamu mangga harumanis yang dibawa oleh seorang kawan lagi iaitu Mahzan, seorang pensyarah di IPG Kangar.

Yang menarik jenjalan kami itu ialah apabila melawat Muzium Kota Kayang. Landskap muzium itu di kelilingi oleh bukit dan batu-batu bukit. Ternyata asli dan cantik.

Secara kebetulan semasa kami ke sana adalah sambutan hari keputeraan Raja Perlis. Istana Arau dibuka kepada rakyat Perlis dan orang ramai selepas waktu solat Isyak. Bergemerlapan lampu warna-warni di kawasan Istana Arau.
























Saturday, 23 May 2015

MELIHAT SENI BINA PURBA ORANG JAWA DI JOGJAKARTA

Dengan kesempatan yang ada semasa di Yogyakarta, kami melawat beberapa peninggalan seni bina purba hasil tangan orang-orang Jawa zaman dulu. Tinggalan-tinggalan itu terdiri daripada candi-candi dan keraton-keraton raja dulu-dulu. Usianya pun dah beribu tahun agaknya. Saya rasa hairan bagaimana orang-orang dulu dapat membina binaan-binaan tersebut. Selain binaan-binaan itu besar dan tinggi, di batu-batu binaan ada ukiran-ukiran yang cantik dan berseni. Tertanya-tanya juga kami, di zaman itu apakah peralatan yang mereka gunakan untuk membinanya.

Candi-candi seperti candi Plaosan, candi Prambanan, candi Sewu, candi Ijo dan keraton Ratu Boko sempat saya lawati. Ini adalah kali kedua saya melawat candi Prambanan. Candi Borobudur yang popular itu telah saya lawati pada tahun 2011.
Kami ambil pernyataan mengenai seni bina purba yang sebahagian besarnya adalah candi di Yogyakarta daripada sebuah blog;
Yogyakarta - Sudah menjadi rahasia umum, kalau Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta punya banyak candi. Tidak hanya sejarahnya bentuk arsitektur candi-candi tersebut sangat memesona. Inilah 7 candi dengan panorama tercantik di Yoyakarta.

Keberadaan sebuah candi tidak cukup hanya dengan cerita sejarahnya. Keajaiban bentuk sebuah candi yang tersusun dari batu-batu alam membuat situs ini sangat menarik. Tak pernah terbayangkan bagaimana orang-orang zaman dahulu membuat bangunan-bangunan cantik ini dengan peralatan seadanya. Padahal bahan dasar pembuatannya menggunakan batu-batu alam yang sangat berat.



















Tuesday, 10 March 2015

MAKAN KENDURI KAHWIN ANAK SULUNG AYAH CIK

Makan kenduri... berkumpul anak beranak dan adik beradik ramai-ramai... memang menyeronokkan. Kali ini giliran bapa saudara kitorang mangadakan majlis perkahwinanan anak sulungnya. Majlis tersebut diadakan di Penang Golf Resort, Bertam, Penang pada 7 Mac 2015. Ramai sanak saudara dan teman-teman Ayah Cik yang hadir. Yang paling jauh dah tentu kitorang... dari Johor. Tahniah kitorang ucapkan kepada Ayah Cik dapat menantu...




Wednesday, 25 February 2015

BERCUTI DI PANTAI AIR PAPAN, MERSING

Pada cuti Tahun Baru Cina (CNY) hari itu kitorang berpakat bercuti di kawasan pantai peranginan Mersing, Johor. Pantai pilihan kitorang ialah pantai Air Papan. Di situ tersedia banyak penginapan seperti chalet, resort dan homestay. Kebetulan pula anak-anak yang seramai tiga orang itu semua pun turut bercuti: Abang bercuti setelah habis study masternya, Kakak cuti setelah habis pengajian akademiknya di Jogjakarta, dan Adik cuti pertengahan semesternya. Semua dapat berkumpul.

Persiapan awal tentunya bermula di rumah. Masing-masing menyediakan bahan dan peralatan terutamanya bahan-bahan seperti ikan, ayam, daging dan peralatan membakar. Diorang nak buat bbq di depan chalet. Semua bahan-bahan itu diperap dan dimasukkan ke dalam polisterin yang berais.

Kami pergi bercuti di pantai Air Papan dengan dua kereta. Dalam kesesakan bandar Mersing, keretaku di sodok dari belakang oleh sebuah Alza. Pemandunya pasangan suami isteri muda leka dan tertekan pedal minyak. Depan kereta diorang nampaknya teruk remuk, manakala keretaku kemek sikit sahaja di bahagian beakang.

Kitorang menginap di Air Papan Beach Resort di sebuah chalet yang besar. Dalam chalet itu ada pulak satu bilik. Kawasan chalet kelihatan bersih dan kemas. Kolam mandi pun ada. Oleh kerana CNY, kami buat tempahan sebulan lebih awal. Itupun tinggal 2 chalet yang masih kosong. Segala bangsa ada menginap di situ. Sekarang orang Malaysia suka berjalan apabila ada kesempatan bercuti.

Aktiviti kitorang hanya relals-relaks. Makan-makan, baca, jalan-jalan di pantai, jalan-jalan di lain-lain pantai, menikmati sunrise, makan, nonton tv, bakar-bakar ikan, ayam, daging dan lain-lain. Wifi dan internet memang tak ada sebab kawasan pantai Air Papan dilindungi bukit yang tinggi. Apabila malam menjelang, kawasan chalet kelihatan meriah. Masing-masing buat bbq di halaman chalet. Asap berkepul-kepul. Bau harum menerawang di angkasa chalet. Ada ketikanya kitorang mandi-manda di kolam renang. Kitorang langsung tak mandi laut. Laut bergelora pada waktu itu. Menakutkan dan merbahaya...