Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, 26 April 2015

TANAM PISANG TANDUK


Aku cikgu. Orang panggil aku Cikgu Hasan... Aku mengajar di sekolah menengah kecil; bilangan guru 54 orang dan jumlah muridnya 720 orang. Manakala isteriku seorang pengetua di sebuah sekolah menengah yang gurunya seramai 125 orang dan jumlah muridnya 1700 orang. Kitorang mempunyai minat yang sama iaitu bertani. Ketika ini kitorang mengusahakan tanaman pisang tanduk. Kitorang tanam di kawasan kebun kitorang dan juga di tepi parit sepanjang jalan di hadapan rumah kitorang. Seronok... Pisang yang ada itu kitorang jual. Sekilo paling kurang RM4.00. Setandan pisang tanduk kitorang boleh dapat lebih kurang RM30.00. Jual untuk buat kerepek atau jual yang dah tua untuk buat goreng pisang. Jika ada kawan-kawan yang bertandang ke rumah, kitorang hadiahkan kepada diorang buat buah tangan. Suka diorang...


Pertumbuhan pokok pisang terbantut sekejap kerana musim panas.

Seronok nengok kelopak pisang dah muncul.

Buah dah muncul...

Satu tandan yang biasa beratnya lebih kurang 8 kg.

Lembu masuk ke kawasan penanaman. Lembu tu orang sekampung punya.

Pisang kena curi. Diorang kait.

Diorang curi dengan mengait waktu malam. Pokok masih ada.

Kumpulkan pisang... ada orang tempah.

Siap timbang... orang beli nak buat kerepek.

Orang beli nak buat pisang goreng untuk jual...

Ada orang yang beli sikit-sikit... itupun bernilai RM50.00...

Hantar dengan kereta melayan permintaan pelanggan...

Kawan datang aku bagi pisang tanduk buat buah tangan...

Kawan dari Kuala lumpur datang, aku bagi pisang...

Sunday, 15 April 2012

PAGI AHAD YANG CERIA - TANAM RUMPUT KARPET DAN BUAT KEPUNGAN BATAS SAYUR

Pagi ini selepas bersarapan, kami anak beranak bekerjasama membuat kepungan batas untuk tanam sayur-sayuran dan membuat kerja-kerja menanam rumput hiasan di kawasan rumah.  Bahan-bahan seperti pasir, simen dan hamparan rumput karpet dah dibeli dan tersedia.

Kepungan batas sayur dibuat agar baja dalam medium penanaman mudah dikawal dan tidak terhakis apabila hujan. Selain daripada itu, oleh kerana ia dibuat berhampiran dengan dapur, memudahkan lagi kerja-kerja menyiram. Selepas ini kepungan yang dibuat daripada batu blok itu akan dilepa, dilorek dan kemudian dicat agar kelihatan seperti simen ferro. Barulah cantik...

Kemudian kami buat kerja menanam rumput karpet di tempat-tempat tertentu. Kami potong rumput tersebut kecil-kecil dan tanam dalam lubang pada tanah. Kemudian tanah di sekeliling rumput tersebut dipijak agar tanah pada rumput bersatu dengan tanah tersedia. Akar rumput akan tumbuh mengembang. Apabila dah siap nampak macam petak-petak dam aji. Semua kerja yang dibuat beres sebelum waktu solat zohor tiba.









Sunday, 23 May 2010

LATIHAN MENEMBAK SENJATA M16

Hari ini Ahad kami tiga beranak mengikuti aktiviti latihan menembak senjata M16 anjuran IPD Pontian bersama ahli-ahli Kor Kadet Polis. Latihan tersebut dijalankan di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka Ayer Keroh. Kami bertolak menaiki bas bersama ahli-ahli Kadet Polis pada pukul 6.30 pagi dan sampai di sana pukul 9.00 pagi.

Menembak menggunakan M16 ini adalah satu pengalaman buat kami. Kami rasa sungguh beruntung kerana berpeluang dan diberi peluang menembak dengan senjata ini. Tak semua orang dapat merasainya. Susah juga menembak tepat ke sasaran... Dah ditenang tepat-tepat tapi ia melencong sedikit. Bunyi tembakan senjata berdentum-dentum di kawasan lapang sasai itu. Kami mengucapkan terima kasih kepada PDRM IPD Pontian dan Kor Kadet Polis.


Melepaskan tembakan satu demi satu ...
Jurulatih menunjukcara menggunakan pistol.
Menenang ke sasaran.

Adik diberi tunjuk ajar oleh jurulatih.

Membidik ke sasaran...

Menembak sambil duduk.
Emak menembak ke sasaran.

Emak menembak sambil duduk.

Gembira dengan hasil tembakan.