Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, 2 December 2013

PERNIKAHAN SAIDATUL ATIQAH BT ANNUAR (ANGAH)

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Saidatul Atiqah bt Annuar (Angah). Angah ini adalah anak saudara kami belah isteri yang dah buat rekod di kalangan anak-anak saudara kami. Rekodnya ialah dia anak saudara yang pertama bernikah di kalangan anak-anak dan anak-anak saudara yang lain. Mereka membesar segagan, dan umur pun tak jauh berbeza. Angah lepasan UITM bertemu jodoh dengan Mohd Hafiz b Zakaria dari Kelantan.

Majlis walimatulurus diadakan di rumah Abang Annuar dan kak Timah di Kesang Tua, Jasin, Melaka pada hari Ahad 1 Disember 2013. Pernikahan dijalankan pada malam Sabtu 30 November 2013 selepas solat fardhu Isyak. Semua adik beradik belah Abang Annuar dan semua adik beradik belah Kak Fatimah hadir sama sehari sebelum itu. Gembira rasa apabila kami dapat bertemu dan berkumpul beramai-ramai begitu. Bapak dan emak saudara jumpa anak-anak saudara, emak jumpa emak, bapak jumpa bapa dan sepupu jumpa sepupu. Ayah Chik dan Mak Cik Rubi sejauh Pulau Pinang juga datang. Mak Tam dari Klang juga datang. Meriah gitu...

Lebih kurang pukul 4.00 petang kehadiran tetamu dah mula berkurang. Kami minta diri untuk balik dek kerana destinasi yang jauh. Ada yang balik ke Pulau Pinang, ke Batu Kurau, ke Ipoh, ke Klang, ke Kuala Lumpur, ke Johor dan lain-lain. Semoga Abang Annuar dan Kak Fatimah berbahagia bersama anak-anak dan menantu...  



















Tuesday, 22 October 2013

GRADUATION AYAH, EMAK DAN ABANG

Foto-foto ini adalah foto semasa Hari Konvokesyen bagi ayah, emak dan abang Fakhrul Razin. Ayah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Malaysia. Emak berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya. Manakala abang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Mara. Ketika ini abang melanjutkan pengajian di peringkat master di UiTM Puncak Alam sehingga Februari tahun 2014. Kakak pula belum graduate lagi. Kakak sekarang sedang belajar di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia. Manakala adik pula sedang belajar di UiTM Bandaraya Melaka.




Sunday, 20 October 2013

ABANG, KAKAK DAN ADIK SEMASA KANAK-KANAK 1

Zaman kanak-kanak anak-anak kami Fakhrul Razin b Hasan (abang), Nur Izyani Nadhirah  bt Hasan (kakak) dan Fakhrul Syahmi Azri b Hasan (adik). 'Abag' lahir di Hospital Lumut, Lumut, Perak, 'Kakak' lahir di Ong Clinic di Taiping, Perak, manakala 'Adik' pula lahir di Ong Clinic di Taiping, Perak. Diorang semua anak Perak. Memulakan zaman kanak-kanak di rumah kami di Bandar Taiping dan berpindah pula ke Pontian pada akhir tahun 1994.












Sunday, 31 January 2010

13 PERKARA YANG DIHARAPKAN OLEH SEORANG ISTERI

  1. Mengingat hari istimewa
  2. Diberi pujian dan perhatian oleh suami.
  3. Mendapat pembelaan daripada suami.
  4. Suami membantu mengasuh anak dan mengurus rumah tangga.
  5. Suami banyak meluangkan waktu untuk keluarga.
  6. Suami tidak terlalu menggilai hobinya.
  7. Suami sentiasa setia dan tidak berlaku curang.
  8. Suami tidak sering keluar malam bersama teman-teman.
  9. Suami jujur.
  10. Suami tidak melakukan kebiasaan yang buruk.
  11. Suami memberi wang perbelanjaan keluarga.
  12. Suami fokus, mendengar dan menerima nasihat isteri.
  13. Membantu keluarga isteri.