Tuesday 6 September 2011

HANTAR KAKAK KE KLIA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITAS GADJAH MADA

Pagi tadi lebih kurang pukul 4.00 pagi kami berempat dah sampai di KLIA, Sepang. Pagi ini 'Kakak' akan ke Yogyakarta untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di Universitas Gadjah Mada. JPA meminta kumpulan pelajar yang akan ke sana berkumpul di KLIA pada pukul 5.00 pagi.

Semua urusan mengenai bagasi dan 'check-in' dilakukan secara kumpulan dan diuruskan oleh pegawai-pegawai JPA, Nugrahan dan KTT. Urusan itu selesai jam 7.00 pagi. Penerbangan ke sana berlepas pada pukul 9.10 pagi. Penerbangan yang transit di Jakarta menggunakan MAS dan Garuda. Selepas itu di adakan sesi taklimat oleh JPA kepada kumpulan pelajar yang seramai 27 orang itu.

Kami sekeluarga mendoakan agar Kakak berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Semoga Allah SWT kabulkan doa kami untuk Kakak. Kami harap Kakak belajar bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Selamat belajar kembali...  








Sunday 4 September 2011

HARI RAYA AIDILFITRI, BALIK KAMPUNG, LEBUHRAYA DAN MACET

Pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini kami sekeluarga terlebih dulu beraya di rumah sendiri. Anak-anak dah besar, masing-masing nak beraya di rumah sendiri dan merasa masakan emak diorang. Dah tentu juadah kegemaran diaorang seperti ketupat nasi, lemang, ketupat daun palas, rendang pedas, rendang tok, korma ayam dan kari daging pekat, disediakan oleh emak diorang. Biasanya kitorang anak beranak bersama-sama menyediakan juadah itu menjelang petang hari lebaran.

Tahun lepas kami balik kampung pada hari raya kedua. Tahun ini, kami balik beraya di kampung, di Bagan Serai, Perak pada hari raya ketiga (Khamis). Pada hari raya pertama saya kena mengikuti komuniti rakan sekampung untuk baraan dari rumah ke rumah selepas solat Aidilfitri hingga malam. Hari raya kedua sambung lagi. Pada hari raya kedua pula kami sekeluarga beraya di Kota Tinggi iaitu ke rumah waris-waris di sana. Kami sama-sama ziarah kubur arwah ibu saya (Hajjah Johariah binti Amat Taruno)  di Felda Sungai Mas. Lewat petang baru balik rumah.

Pagi Khamis selepas solat Subuh kami bertolak balik kampung di Bagan Serai, Perak. Mengapa balik kampung? Sebab di kampung ada Mak Mertua saya (Puan Hamsiah binti Mohd Isa). Itulah Mak yang saya masih ada. Itulah Tok (nenek) anak-anak saya yang masih ada.

Di sepanjang lebuhraya Plus dari Simpang Renggam hingga ke Taiping Utara, banyak kenderaan bertali-arus. Bukan sehala tapi di kedua-dua hala. Mengapa ye? Agaknya diorang juga macam kitorang, beraya di kedua-dua belah pihak. Kampung aku dan kampung orang rumah aku. Pemanduan tidak lancar. Nak capai 100 km/h pun susah. Setiap hentian sama ada R&R atau hentian sebelah penuh sesak dengan kenderaan. Nak buang air pun susah... Kami sampai ke destinasi (rumah mak mertua) di Taman Serai Jaya pada pukul 4.00 petang. Kitorang juga balik kampung...

Pada hari Jumaat kami bertolak pula ke Arau, Perlis beraya dengan Tok Teh anak-anak aku. Pekan Arau yang ciput pun banyak kenderaan. Selepas beraya di sana, kami patah balik ke Alor Star. Kami menginap di Alor Star. Perjalanan dari Arau ke Alor Star yang selalunya mengambil masa hanya 40 minit, tapi kini mengambil masa 2 jam. Jalan Jitra - Alor Star macet habisss... Mengeluh aku.


Esok pagi kami menghantar Adik balik belajar di Kolej Matrikulasi MARA Kuala Nerang. Jalan kampung pun macet. Tapi tak semua. Macet di pekan kecil Pokok Sena. Banyak kenderaan di sepanjang jalan bernombor pendaftaran Pulau Pinang,  Kuala Lumpur dan Selangor. Diorang kan balik kampung....


Sebelum hantar Adik masuk ke kolej, kami berjalan-jalan di Pasar Sabtu, Kuala Nerang. Beli kerdas dan jering. Walaupun baru raya ke lima, orang berjual dah ramai. Orang yang datang membeli jauh lebih ramai. Nak parking pun susah. Kan diorang juga balik kampung....

Lepas hantar Adik masuk ke asrama kolej, kami pun bertolak balik. Isi petrol penuh-penuh di Pekan Langgar. Takut nanti jem di lebuhraya. Memang betul, masuk sahaja di lebuhraya selepas Tol Alor Star Utara, kenderaan memang banyak. Nak lari 110 km/h memang tak boleh. Keadaan lebih teruk apabila masuk ke kawasan Sungai Petani. Perrgh... macam mana ni? Bila nak sampai ke Pontian, Johor? Oh ya... kan diorang pun macam kitorang, sama-sama balik kampung....

Keadaan trafik menjadi bertambah-tambah-tambah-tambah teruk dari Tol Sungai Dua hingga ke Juru. Ada kalanya kenderaan tak jalan langsung beberapa minit. Nasib baik MPV aku automatik, kalau manual dah tentu lutut aku boleh tercabut....

Apabila tiba di Tol Taiping Utara, kami keluar dari lebuhraya. Hari dah lewat petang. Kami singgah di Cangkat Jering untuk solat, makan tengahari+petang dan juga isi petrol dalam tangki (tangki mesti sentiasa penuh takut jem di lebuhraya). Keluar sahaja dari Tol Changkat Jering, kami jadi risau dan panik. Ape tak nye! Lebuhraya dah jem. Kenderaan terhenti dan berhenti di sepanjang lebuhraya di hadapan kami. Nak menyusur masuk pun tak boleh. Kura-kura jalan pun lebih laju. Pada ketika itu kalau pakai Ferrari puk tak guna.... Bilalah kami nak sampai ke Pontian... Keadaan macet sebegitu sehingga ke Terowong Menora. Kan diorang juga balik kampung seperti kitorang....


Selepas melepasi Terowong Menora, aliran trafik agak ok... Tapi macet teruk apabila sampai Simpang Pulai - Gopeng, dan kawasan Bidor. Sekejap berhenti, sekejap jalan. Sekejap jalan perlahan, sekejap berhenti. Sekejap jalan laju sikit, sekejap jalan perlahan, dan sekejap berhenti. Keadaan menjadi lebih baik apabila sampai di jalan tiga lorong selepas Slim River. Masing-masing seperti melepaskan gian nak memecut laju. Tapi tak laju mana pun... Sekejap 100 km/h, sekejap 60 km/h, sekejap 110 km/h, sekejap 40 km/h. Tapi tak apalah, daripada terhenti langsung. Keadaan menjadi bertambah lebih baik selepas melepasi Lembah kelang. Aliran trafik ke selatan nampaknya ok... Kan kita sama-sama balik kampung....

Kami sampai di rumah pada pukul 3.30 pagi. Syukur kepada Allah SWT, kami selamat sampai ke destinasi....

Mengapa di sana sini macet teruk sewaktu Aidilfitri?
  • Kereta bertambah banyak. Rakyat Malaysia mampu membeli kereta. Beli kereta lebih mudah daripada beli rumah.
  • Balik kampung menjadi acara tahunan rakyat Malaysia.
  • Balik kampung beraya bersama keluarga.
  • Raya di kota tak best.
  • Trend berhari raya di kedua-dua belah pihak.
  • Seronok berhari raya bersama ibu bapa dan sanak saudara.
  • Kunjung mengunjung lebih meriah di kampung.
  • Anak-anak ajak balik kampung.
  • Masak memasak juadah lebaran bersama keluarga di buat di luar rumah...sungguh santai.
  • Dengar lagu raya malar hijau di kampung lebih sedap...
  • Dapat melepaskan gian mengejar ayam kampung bersama adik beradik keliling rumah.
  • Gema dan dentuman bunyi mercun lebih sedap didengar di kampung.
  • Di kampung ada 'munjung' (menghantar dan berbalas-balas juadah hari raya) di kalangan keluarga dan jiran-jiran. Dapatlah rasa menu raya diorang.
  • Orang kampung 'respect' kita yang balik kampung dari perantauan... eeewwahh... cerita pun lebih...
  • Nak tayang kereta baru...kereta besar... kat member-member sekampung.
  • ... dan lain-lain.

Saturday 3 September 2011

DARI ALBUM LAMA KELUARGA KAMI

Foto-foto ini adalah foto-foto klasik simpanan Tok di rumahnya di Bagan Serai, Perak. Foto yang di antaranya dah menjangkau 55 tahun ini kami 'retaken'  dan edit lalu simpan dalam CD. Nak buat khazanah keluarga.


Arwah Tok Wan, Tajul Ariffin Bin Babji.


Tok, Hamsiah binti Mohd Isa.


Arwah Tok Wan dan Tok bersama Pak Long dan Pak Ngah.


Berdiri dari kiri, Tok Su (Batu Kurau, Perak), Arwah Tok Lang,
Tok Tam (Klang, Selangor) dan Tok Mamak (Gopeng, Perak).
Duduk dari kiri, Tok Chik (Pulau Pinang), Tok Teh (Arau, Perlis),
Arwah Tok Su Pei (diriba), Pak Ngah (Langkawi, Kedah),
Tok Man (Pulau Pinang), Tok (Bagan Serai, Perak), Emak (diriba),
dan Pak Long (Bagan Serai, Perak).



Dari kiri, Tok Su (Batu Kurau, Perak), Arwah Tok Lang,
Tok Teh (Arau, Perlis) dan Tok Tam (Klang, Selangor).



Berdiri dari kiri, Pak Long (Bagan Serai, Perak), Emak (Pontian, Johor),
dan Pak Ngah (Langkawi, Kedah). Duduk dari kiri, Arwah Tok Wan,
Mak Teh (Putrajaya), Pak Su Azhar (Batu Kurau, Perak) dan
Tok (Bagan Serai, Perak). Foto ini diambil ketika nak menghantar
Mak Teh balik ke asrama di Kolej Tunku Khursiah, Seremban.



Foto ini diambil hadapan rumah Tok Yong ketika saudara-mara Emak
menghantar Emak nak mendaftar masuk  di Universiti Malaya.
Emak berdiri nombor lima dari kiri.


Friday 2 September 2011

KENANGAN BERAYA BERSAMA SANAK SAUDARA

Semasa balik berhari raya di kampung di Bagan Serai baru-baru ini, kami jumpa foto-foto ini. Foto-foto ini adalah foto kami bersama saudara mara kami termasuk sepupu-sepupu kami semasa berhari raya di rumah Tok, Opah Yong dan Pak Su Azhar. Pada masa itu kami masih kecil lagi...

Sekarang kami dah berusia antara 12 tahun hingga 23 tahun. Pada masa ini di antara kitorang (kitorang dan sepupu-sepupu kitorang) ada yang masih belajar di sekolah rendah, ada yang masih belajar di sekolah menengah, ada yang belajar di kolej matrikulasi, ada yang belajar di universiti, dan ada yang telah bekerja.


Di rumah Tok di Bagan Serai, Perak. Dari kiri, Saidatul Aniah (Intan),
Saidatul Atiqah (Angah), Nur Izyani Nadhirah (Kakak),
Fakhrul Syahmi Azri (Adik), dan Fakhrul Razin (Abang).

Di rumah Opah Yong di Kampung Terap, Kati, K. Kangsar, Perak.
Baris belakang dari kiri, Mak Zaitun, Mak Normala, Emak,
Nur Izyani Nadhirah, Mak Zaleha, Opah Yong, Tok Man, Syahmi,
Abang Jalil, Razin, dan Abang Lokman.
Baris depan adalah anak-anak Abang Jalil dan anak-anak Mak Zaleha.
   
Di Taman Tasik Taiping. Dari kiri, Fakhrul Razin (Abang),
Nur Izyani Nadhirah (Kakak), Fakhrul Syahmi Azri (Adik),
Tajul Rijal (Along), Mohd Azril Kamil, dan Saidatul Atiqah (Angah).

Di rumah Pak Su Azhar di Batu Kurau, Perak. Baris belakang dari kiri,
Syahmi, Emak, Razin, Nur Izyani Nadhirah, Azril, Pak Su Azhar,
Mak Su Paizah, Farehah, Lutfi, dan Ayah. Baris depan, Aqil dan
Fareshah bersama sepupu diorng sebelah Mak Su Paizah.
  
Di Taman Tasik Taiping. Dari kiri, Fakhrul Syahmi Azri (Adik),
Nur Izyani Nadhirah (Kakak), Mohd Azril Kamil, Tajul Rijal (Along),
Fakhrul Razin (Abang), Saidatul Atiqah (Angah).

Di rumah Tok di Bagan Serai, Perak. Baris belakang dari kiri, Mak Su Paizah,
Pak Su Azhar, Tok, Pak Long, Mak Long, Emak dan Anis Amirah.
Baris tengah dari kiri, Nur Izyani Nadhirah, Farehah, Azril, Razin, dan Lutfi. 
Baris depan dari kiri, Farehah, Aqil, Amirul dan Syahmi.
 
Dari kiri, Syafiqah Alyani (Pikah), Fakhrul Razin (Abang) dan
Nur Izyani Nadhirah (Kakak). Sekarang Syafiqah berusia 21,
Razin 22 dan Kakak 20.

Saidatul Aniah (sekarang umur 18), Saidatul Atiqah (sekarang 21)
dan Nur Izyani Nadhirah (sekarang 20).
  
Nur Izyani Nadhirah (Kakak) dan Saidatul Atiqah
(Angah). Sekarang Kakak berusia 20 tahun manakala
Angah pula berusia 21 tahun.