Tuesday, 6 September 2011

HANTAR KAKAK KE KLIA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITAS GADJAH MADA

Pagi tadi lebih kurang pukul 4.00 pagi kami berempat dah sampai di KLIA, Sepang. Pagi ini 'Kakak' akan ke Yogyakarta untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di Universitas Gadjah Mada. JPA meminta kumpulan pelajar yang akan ke sana berkumpul di KLIA pada pukul 5.00 pagi.

Semua urusan mengenai bagasi dan 'check-in' dilakukan secara kumpulan dan diuruskan oleh pegawai-pegawai JPA, Nugrahan dan KTT. Urusan itu selesai jam 7.00 pagi. Penerbangan ke sana berlepas pada pukul 9.10 pagi. Penerbangan yang transit di Jakarta menggunakan MAS dan Garuda. Selepas itu di adakan sesi taklimat oleh JPA kepada kumpulan pelajar yang seramai 27 orang itu.

Kami sekeluarga mendoakan agar Kakak berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Semoga Allah SWT kabulkan doa kami untuk Kakak. Kami harap Kakak belajar bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Selamat belajar kembali...  








No comments:

Post a Comment