Tuesday 30 December 2014

MERAYAU-RAYAU CUTI HUJUNG TAHUN

Pada cuti hujung tahun 2014 yang lepas, kitorang berdua mengambil kesempatan merayau jalan-jalan ikut suka hati. Laluan perayauan kitorang bermula dari Pontian menuju Seremban, Kuala Pilah, Batu Kikir, Temerluh, dan Jerantut. Seterusnya bersambung pergi ke Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Machang dan Kota Bharu. Bersambung lagi menuju ke Tanah Merah, Jeli Pengkalan Hulu dan Baling. Meneruskan perjalanan ke urata menuju Sik, Alor Setar, Kuala Perlis, Kuala Kedah, Yan, dan Tanjung Dawai. Memandu lagi ke Kulim, Bandar Baru, Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, dan terus balik ke Pontian.

Selama dua minggu tu kitorang saja-saja, suka-suka dan merayau-rayau... berhenti... merayau lagi...makan... tidur... merayau lagi... sambil menikmati suasana perdesaan, sambil menikmati makanan setempat... dan lain-lain. Ikut suka kitorang... hehehehehehehehehe....

Lata Ulu Bendul, N. Sembilan

Istana Lama Seri Menanti

Pintu Gerbang Seri menanti

Cantik... masjid di Seri Menanti.

Rumah Pendeta Zaaba di Batu Kikir, N. Sembilan.

Mejatulis dan mesin taip Pendeta Zaaba.


Sebuah taman di hadapan SK Jerantut.

Bandar Jerantut, Pahang.

Titik tengah Semenanjung Tanah Melayu di Kuala Lipis, Pahang.

Masjid tua Masjid Negeri Madrasatul Firdaus di Kuala Lipis, Pahang.

Bangunan kolonial Pahang Club, Kuala Lipis.

Bangunan lama zaman kolonial Majlis Daerah Kuala Lipis.

Rumah bekas SU Kerajaan Pahang. Rumah PM Najib dilahirkan.

Pasar hari di Padang Tengku. Ramai orang asli keluar berbelanja.

Buah keranji di jual di tepi jalan menuju Merapuh.

Bandar Gua Musang berlatar bukit batu kapur.

Menikmati kejernihan air sungai di Dabong.

Dari jauh dah kelihatan air terjun Gunung Stong.

Lata di kaki Gunung Stong.

Makan tengahari di setesen keretaapi Dabong.

Gua Ikan di Dabong.

Tangga Bradley di Kuala Krai untuk mengukur kedalaman banjir.

Gua Gunung Reng. Ada cerita sebuah kampung di sebalik kewujudannya.

Kuih poli kuih tradisional Kelantan hidangan sahabat di Kota Bharu. Sedap...

Makan sup gear box di bandar Baling.

SK Tunku Putra, Baling tempat Rundingan Baling.

Kolam air panas di Pengkalan Hulu.

Batu sempatan Malaysia - Thailand.

Masuk pekan Danok, Thailand sekejap...

Bandar Baling berlatarkan Bukit Baling.

Sejuknya air di Lata Bayu, Baling.

Mandi di kolam air panas Ulu Legong, Baling, Kedah.

Sarapan pagi di tepi sungai yang jernih.

Sungai yang bersih dan menyegarkan.

Relax sambil bermain dengan anggur di kebun anggur Tasik Beris, Sik, Kedah.

Orang rumah pun suka anggur...

Nelayan-nelayan di Tanjung Dawai.

Kota Kuala Kedah ditinggal sepi...

Muzium Kota Kuala kedah.

Meriam perang di Kota Kuala Kedah.

Sarapan pagi nasi dengan kari ikan di Kuala Kedah.

Salah satu tinggalan candi di Sungai Batu Pahat, Lembah Bujang.

Candi di kompleks candi Sungai Batu Pahat.

Rumah sejarah Rumah Lindungan Raja di Kampung Sedim, Kedah.

TTW Sungai Sedim... tak berani naik kerana gayat...

Sungai Sedim... bersih dan jernih.

Sungai Sedim mengalir deras.

Indahnya Taman Tasik Taiping.

Tak jemu singgah di Taman Tasik Taiping.

Masjid di buat daripada bambu Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kuala Dal, K. Kangsar, Perak.

Bekas istana yang dijadikan Muzium Diraja, di Kuala kangsar.