Monday 31 August 2009

MERDEKA

Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan



Hari ini adalah Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52. Semoga Malaysia terus membangun, maju, aman damai dan rakyat bersatu.

Friday 28 August 2009

KEROPOK ORKID


Dalam perjalanan balik dari Kota Bahru, saya singgah di sebuah kedai jual keropok. Keropok Orkid namanya. Keropok ini diusahakan oleh pengusahanya di belakang kedai ini. Oleh kerana saya bukan pakar keropok, saya rasa Keropok Orkid ini memang sedap.







TOK BALI, PASIR PUTEH, KELANTAN


Tok Bali. Namanya macam nama orang. Sebenarnya ia sebuah nama tempat di Pasir Putih, Kelantan. Tok Bali ini tersohor atau terkenal dengan jambatannya yang tinggi merentangi sungai. Jambatan itu berdekatan dengan kuala sungai. Tok Bali juga terkenal sebagai pangkalan pendaratan bot-bot nelayan yang besar. Kalau rajijn boleh pergi ke pasar untuk lihat-lihat, cari-cari dan beli sotong dan ikan yang segar. Sekarang ni di pesisir sungai dah dibuat taman rekreasi. Di sekitar Tok Bali ada pantai-pantai berpasir putih. Salah satunya ialah Pantai Bisikan Bayu. Orang belah sana dah tak heran dengannya. Tapi bagi orang luar, pemandangan seperti itu tentunya mengasyikkan dan menakjubkan.




Kuala Sungai Tok Bali.




Replika kapal.



Jambatan Tok Bali merentangi sungai.




Tinggi jambatan ni. Bot-bot nelayan boleh lalu di bawahnya.



PANTAI KEMASIK DAN BOT-BOT NELAYAN

Berlainan di tempat lain dimana bot-bot nelayan ditambat di jeti-jeti, di Pantai Kemasik pula bot-bot (hanya sampan sebab ia kecil) nelayan ditambat pada hamparan pasir di pantai.
Pantai Kemasik berlatar belakang kampung nelayan.


Bot-bot nelayan ditambat di tepi pantai berpasir.



Deretan bot-bot nelayan di hamparan pasir di Pantai Kemasik.

PAGI DI KAMPUNG NELAYAN

Pemandangan di pesisir pantai di Pantai Timur memang cantik, unik dan berbeza. Foto-foto ini saya ambil pada 7.15 pagi di Tumpat, Kelantan.


Aman dan damai. Toleransi air, pokok nyiur, rumah-rumah dan bot-bot nelayan di awal pagi.


Matahari baru nak mula menyerlahkan diri.


MENARA TANGKI AIR SATU LAGI KEUNIKAN KELANTAN


Banyak keunikan di Kelantan. Salah satunya ialah menara tangki air di rumah individu. Menara dibuat sama cantik dengan rumah yang dibina. Bukan semua sebegitu rupa. Kalau di lihat dari jauh, rumah itu seolah-olah sebuah surau sebab ada menara. Saya rasa hanya di Kelantan sahaja yang ada menara tangki air ini. Sama ada ianya berkaitan dengan tekanan air atau trend, tentunya tuan rumah terpaksa menambah budget untuk membinanya. Dan ia menjadi satu lagi koleksi keunikan Kelantan.



Menara tangki air di sebuah banglo di kebun tembakau di Pasir Putih, Kelantan.

Dua buah rumah yang ada menara tangki air di Tumpat, Kelantan.


TASIK PUTERI BUKIT BESI


Kalau kita melalui jalan raya (bukan lebuh raya) Jabor-Jerangau, tentunya kita juga melalui Bukit Besi. Dah banyak kali saya melalui tempat ini. Tapi baru kali ini saya berkesempatan singgah di Bukit Besi. Sesuatu yang mungkin menarik mengenai Bukit Besi ini ialah Tasik Puteri. Tasik bekas lombong. Cantik Tasik Puteri ni... Airnya hijau pekat, tenang dan mengagumkan. Seolah-olah sedang menunggu Sang Puteri berangkat untuk mandi-manda bersama dayang-dayangnya. Persekitarannya bersih. Pemandangan persekitarannya menarik. Di tepi tasik ada tempat rehat dan gerai-gerai. Oleh kerana tasik ini di kawasan pedalaman, seolah-olah ianya tidak... dikunjungi, dinikmati, dirasai dan dihayati. Kalau dikunjungi pun hanya sekali sekala.




Tasik Puteri yang cantik.


Air Tasik Puteri yang menghijau.


Pondok rehat disediakan di tepi Tasik Puteri.





Sunday 23 August 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN - SELAMAT BERPUASA


Pada hari Sabtu 22 Ogos 2009 umat Islam di Malaysia mula berpuasa yang difardhukan di bulan Ramadhan.

"Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.." (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 183).

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

"Apabila tiba bulan Ramadhan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Ahmad)


Bagi orang yang beriman, selain berpuasa yang difardhukan, Ramadhan diisi dengan amal ibadat yang banyak berbanding bulan lain seperti solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan berzikir. Berpuasalah untuk mendapat sebanyak-banyaknya balasan, keberkatan dan ganjaran daripada Allah s.w.t. Elakkanlah berpuasa sebagai adat yang tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga.



SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN. BULAN KUMPUL PAHALA HINDARI PERBUATAN DOSA. SELAMAT BERPUASA.

Thursday 13 August 2009

TUAI BUAH ROCKMELON

Keluarga kami ada mengusahakan tanaman rockmelon secara fertigasi secara kecil-kecilan. Ia dibuat di sebelah rumah. Di Kampung Parit Rambai ini hanya kami sahaja yang mengusahakan tanaman rockmelon secara fertigasi. Jumlahnya taklah banyak sangat, cuma 1100 polibeg di bawah 6 RPH. Ukuran RPH ialah 10 kaki X 60 kaki. Polibeg disusun tiga baris. Projek tanaman rockmelon secara fertigasi ini kami usahakan sebagai hobi bagi memenuhi masa lapang dan kerja aktiviti sekeluarga. Disamping boleh dimakan sendiri, ianya boleh dijual. Seronok-seronok lama-lama ianya kerja yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan. Tanaman rockmelon ini memanglah leceh dan penjagaannya rumit. Ia tanaman yang manja dan selalu kena belai. Foliar-foliar tertentu juga digunakan untuk menambah keelokan dan kualiti buahnya.
Biasanya kami sekeluarga akan mengendalikan kebun ini jika ada masa lapang. Kerja-kerja seperti membancuh air baja, melilit pokok ke tali lanjaran, mencantas, dan membungkus buah dilakukan oleh 'orang rumah' dan anak-anak. Manakala kerja-kerja meracun kulat dan meracun serangga dilakukan oleh saya. Di waktu senja sambil menantikan ketibaan waktu solat maghrib biasanya saya akan berjalan-jalan antara lorong dalam RPH untuk memastikan pokok sentiasa sihat, dan cari serangga perosak jika ada. Petang-betang begini ada juga kerja yang dibuat. Taklah asyik mengeteh di warung kopi....
Pada 1 Ogos 2009 yang lepas buah rockmelon dah dituai setelah ditanam selama 70 hari. Ada juga buah itu yang rosak. Rosak kerana terlebih hari iaitu memburuk dan gugur. Sepatutnya jika untuk dijual saya rasa pada hari ke 65 sudah boleh dipetik. Maklumlah baru belajar..... Ilmu dan pengalaman masih kurang.


Syahmi (adik) sedang memetik dan mengumpul buah rockmelon.

Syahmi bersama emaknya memetik dan mengumpulkan buah-buah rockmelon.

Bergaya dengan hasil buah rockmelon yang ditanamnya.



Buah rockmelon.

Buah rockmelon yang kami usahakan.

Buah rockmelon dikumpulkan untuk digredkan.


Inilah projek tanaman buah rockmelon secara fertigasi kami sekeluarga. Usaha kecil-kecilan.



Pokok rockmelon mula membesar pada hari ke20.

Polibeg berisi sabut kelapa tersusun di bawah RPH.

'Orang rumah' dan anak-anak sedang memindahkan anak pokok rockmelon ke dalam polibeg.


Anak benih pokok rockmelon berusia 6 hari dalam kotak semaian.

Kerja-kerja mencantas sulur sedang dilakukan.

Monday 10 August 2009

MUAR BERJERUBU


Semasa balik dari Putrajaya pada 9 Ogos 2009 saya lalu di bandar Muar. Sampai di situ pukul 12 tengahari. Kawasan bandar Muar dan di sekelilingnya berjerubu. Dari jauh kelihatan kabus putih. Pemandangan terhad lebih kurang 1 km.


Jalan Parit Bunga, Muar.

Jalan ke bandar Muar.

Jalan ke Batu Pahat.

FLORIA PUTRAJAYA 2009 - FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN


Floria Putrajaya 2009. Pada pagi Sabtu 8 Ogos 2009 kami bertolak ke Putrajaya. Singgah di Sepang ambil Kakak. Floria diadakan di tepi tasik. Ramai orang datang melawat. Masing-masing sibuk ambil gambar. Saya rasa konsep festivalnya sama dengan Laman Kuala Lumpur. Ada pembinaan landskap, ada pertandingan landskap, ada jualan orkid, jualan makanan dan minuman, jualan perabot taman dan lain-lain jualan dan ada pertunjukan hiburan. Landskap yang dibina dan yang dipertandingkan kelihatan cantik dan menarik belaka. Bagi kategori utama, johan keseluruhan di sandang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. MARDI di tempat kedua. Oleh kerana mata disajikan oleh landskap dan bunga-bunga yang cantik dan menarik, kuranglah sikit rasa penat untuk menghabiskan satu pusingan melawat tapak festival. Pada sebelah petang di dewan diadakan acara hiburan persembahan kumpulan rock. Komen saya: sesiapa sahaja yang berminat dengan seni taman dan landskap eloklah datang melawat, menengok-nengok, meninjau-ninjau, dan jangan lupa bawa kamera.



Floria Putrajaya 2009

Pindu masuk utama ke tapak festival.

Pintu masuk ke landskap Negeri Johor.

Orang ramai berehat di kawasan landskap Negeri Johor.

Johor johan keseluruhan.

Naib johan. MARDI

Johan kategori sekolah.

Bunga-bungaan.

Aneka bunga dan warna.

Kakak dan Adik bersama emaknya.

Dia orang berehat di pondok.

Cantik dan menarik.

....ini pun cantik dan menarik....

....dan yang ini pun cantik dan menarik.

SINGGAH DI BAGAN LALANG

Pada hari Sabtu 8 Ogos 2009 yang lalu, dalam perjalanan ke Puterajaya kami kami singgah di pantai perkelahan Bagan Lalang setelah ambil Kakak di Kolej Teknologi Timur. Nak tengok apa yang ada di sana. Pantainya landai dan nampak biasa sahaja. Tidak ada apa-apa yang menarik. Projek Sepang Gold Coast iaitu chalet di atas air sedang berjalan. Di gerai, kami makan ikan bakar dan nasi lemak. OK jugak rasanya. Cuma pencicahnya yang kurang sedap... Lepas tu kami singgah di perusahaan kerepek ubi di Kampung Bukit Bangkong. Kami beli kerepek ubi. Syahmi pernah berkursus mengenai ubi di sini.



Sepang Gold Coast.



Pantai Bagan Lalang.

Tuesday 4 August 2009

KAMPUNG KAMI BERNAMA KAMPUNG PARIT RAMBAI


Dahulu kami tinggal di Perak sebab kerja di sana. Mula-mula di Sitiawan, kemudian pindah ke Taiping. Di Taiping pada mulanya menyewa rumah kawan di Taman Saujana dekat dengan Lapangan Terbang Tekah. Kemudian kami buat rumah sendiri di kawasan perumahan PKNP Larut Tin. Sebenarnya saya Johorean. Orang rumah anak jati Perak. Emak mertua tinggal di Bagan Serai. Tiga orang anak semua lahir di Perak.

Sekarang kami menetap di sebuah kampung di hujung tanah semenanjung. Kampung kami bernama Kampung Parit Rambai, di daerah Pontian. Kampung Parit Rambai, Rambah, Pontian, Johor. Kampung ini dinamakan sedemikian kerana semasa penerokaannya pada tahun 1940an dulu, banyak terdapat pokok rambai. Pokoknya besar-besar pulak tu. Ia terletak 10 km dari bandar Pontian dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai dan DUN Kukup.

Saya di lahirkan di kampung ini. Di kampung inilah saya bermain, belajar, bersekolah dan lain-lain bersama kedua ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan dan orang kampung. Kampung ini taklah besar dan taklah kecil. Penduduknya lebih kurang seramai 2000 orang. Majoritinya msyarakat melayu keturunan jawa. Didalamnya ada sebuah masjid, dua buah surau, sebuah sekolah kebangsaan dan sekolah agama, dua TADIKA, satu balairaya, tiga kedai runcit, tiga warung, sebuah klinik desa, sebuah padang bolasepak, dan dua tanah kubur. Kampung ini dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Parit Rambai Hilir, Parit Rambai Ulu, dan Parit Gantung. Jalan-jalan di kampung ini ialah Jalan Parit Rambai Hilir, Jalan parit Rambai Ulu, Jalan Parit Dukacita, Jalan Parit Ponorogo, Jalan Parit Sukaraja, Jalan Parit Gantung, Jalan Parit Hj. Kasimon, dan Jalan Dato' Ajib. Jiran-jiran kampung ini ialah Kampung Rambah, Kampung Telok Kerang, Kampung Parit Sulaiman, Kampung Sri Bunian, Kampung Tenggayun, dan Kampung Parit Tegong. Banyak jalan masuk ke kampung ini. Di antaranya dari Sungai Rambah, dari Sri Bunian dan dari Parit Sulaiman. Ketika ini ketua kampung ialah Hj. Mohd Talib Hj Salamon. Jalan-jalannya telah diturap tar. Seratus peratus penduduk menikmati kemudahan bekalan elektrik, telefon dan air 24 jam. Boradband hanya GPRS sahaja dapat diterima.

Kampung ini ada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Jawatankuasa K-Bestari, Jawatankuasa Masjid Annur, Jawatankuasa surau-surau, Jawatankuasa Kompang, Jawatankuasa Persatuan Belia, Jawatankuasa Pakatan, Jawatankuasa Pasukan Rela, dan Jawatankuasa Yasin dan Tahlil. Di antara kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang biasa dan selalu diadakan ialah majlis bacaan surah yasin dan tahlil setiap malam Jumaat dan hari Ahad, ceramah-ceramah agama, majlis sambutan maulidurrasul, kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh PIBG SK Parit Rambai, kegiatan-kegiatan yang dikelolakan oleh K. Bestari, rewang kenduri kahwin, gotong-royong, sukan dan permainan dan lain-lain yang diadakan dari semasa ke semasa. Satu aktiviti di kampung ini yang saya paling suka dan hadir jika ada kesempatan ialah kenduri tahlil. Dalam majlis ini selain membaca kalimah-kalimah al-Quran, saya dapat makan nasi ambeng. Sedap makan berkat nasi ambeng ni.... Nasi ambeng sinonim dengan orang jawa.




Lokasi Kampung Parit Rambai, Rambah, Pontian, Johor yang terletak di hujung Semenanjung.


Tanda nama kampung dan penunjuk arah jalan masuk ke kampung Parit Rambai.


Jalan masuk ke Kampung Parit Rambai dari Kampung Tenggayun.

Jalan masuk ke Kampung Parit Rambai dari tepi Sungai Rambah, Jalan Kukup.

Jalan masuk ke kampung di tepi tali air.



Masjid Annur, Kampung Parit Rambai.








Sekolah Kebangsaan Parit Rambai, Pontian, Johor.

Klinik Desa Kampung Parit Rambai.

Balairaya Kampung Parit Rambai sedang diubahsuai.