Thursday, 13 August 2009

TUAI BUAH ROCKMELON

Keluarga kami ada mengusahakan tanaman rockmelon secara fertigasi secara kecil-kecilan. Ia dibuat di sebelah rumah. Di Kampung Parit Rambai ini hanya kami sahaja yang mengusahakan tanaman rockmelon secara fertigasi. Jumlahnya taklah banyak sangat, cuma 1100 polibeg di bawah 6 RPH. Ukuran RPH ialah 10 kaki X 60 kaki. Polibeg disusun tiga baris. Projek tanaman rockmelon secara fertigasi ini kami usahakan sebagai hobi bagi memenuhi masa lapang dan kerja aktiviti sekeluarga. Disamping boleh dimakan sendiri, ianya boleh dijual. Seronok-seronok lama-lama ianya kerja yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan. Tanaman rockmelon ini memanglah leceh dan penjagaannya rumit. Ia tanaman yang manja dan selalu kena belai. Foliar-foliar tertentu juga digunakan untuk menambah keelokan dan kualiti buahnya.
Biasanya kami sekeluarga akan mengendalikan kebun ini jika ada masa lapang. Kerja-kerja seperti membancuh air baja, melilit pokok ke tali lanjaran, mencantas, dan membungkus buah dilakukan oleh 'orang rumah' dan anak-anak. Manakala kerja-kerja meracun kulat dan meracun serangga dilakukan oleh saya. Di waktu senja sambil menantikan ketibaan waktu solat maghrib biasanya saya akan berjalan-jalan antara lorong dalam RPH untuk memastikan pokok sentiasa sihat, dan cari serangga perosak jika ada. Petang-betang begini ada juga kerja yang dibuat. Taklah asyik mengeteh di warung kopi....
Pada 1 Ogos 2009 yang lepas buah rockmelon dah dituai setelah ditanam selama 70 hari. Ada juga buah itu yang rosak. Rosak kerana terlebih hari iaitu memburuk dan gugur. Sepatutnya jika untuk dijual saya rasa pada hari ke 65 sudah boleh dipetik. Maklumlah baru belajar..... Ilmu dan pengalaman masih kurang.


Syahmi (adik) sedang memetik dan mengumpul buah rockmelon.

Syahmi bersama emaknya memetik dan mengumpulkan buah-buah rockmelon.

Bergaya dengan hasil buah rockmelon yang ditanamnya.



Buah rockmelon.

Buah rockmelon yang kami usahakan.

Buah rockmelon dikumpulkan untuk digredkan.


Inilah projek tanaman buah rockmelon secara fertigasi kami sekeluarga. Usaha kecil-kecilan.



Pokok rockmelon mula membesar pada hari ke20.

Polibeg berisi sabut kelapa tersusun di bawah RPH.

'Orang rumah' dan anak-anak sedang memindahkan anak pokok rockmelon ke dalam polibeg.


Anak benih pokok rockmelon berusia 6 hari dalam kotak semaian.

Kerja-kerja mencantas sulur sedang dilakukan.

3 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Saya berminat sgt2 utk usahakan tanaman rock melon ni secara kecil-keciln di belakang umah..disamping utk menjana pendapatan tambahan. Boleh abg berkongsikan sedikit maklumat dgn saya :
    1. Bagaimana saya nak mulakan tanaman ini, maksud saya dgn siapa harus saya berurusan??
    2. Berkenaan dgn kos permulaan, adakah ianya melibatkan kos yg tinggi kalau saya ingin memulakannya secara kecil2an mengunakan kaedah fertigasi??

    mekasih krn sudi berkongsi maklumat.

    emel saya : sufian79@gmail.com

    ReplyDelete
  2. sori..emel saya : msufian79@gmail.com

    Saya harap abg dpt berkongsi ilmu ttg penanaman rock melon ini bersama.

    ReplyDelete
  3. Saya mmg berminat dgn tanaman rock melon ini.. skrg ni sy ada gak cuba tanam melalui benih hamimelon dari china.. sy tanam mengguna kan kaedah fertigasi tapi tidak mengguna kan sabut kelapa sebb xtau.. jdi sy mengguna tanah bakar dan mencampur dgn tanah biasa.. tpi sy msih xtau mcm mn nk memberi racun serangga dan baja apa perlu diberi dan berapa sukatan yg perlu.. harap en boleh kongsi pengalaman bersama2 saya: )
    email sya -nur_syakira2010@yahoo.com

    ReplyDelete