Selamat
pengantin baru kami ucapkan kepada Saidatul Atiqah bt Annuar (Angah).
Angah ini adalah anak saudara kami belah isteri yang dah buat rekod di kalangan anak-anak saudara kami. Rekodnya ialah dia anak saudara yang pertama bernikah di
kalangan anak-anak dan anak-anak saudara yang lain. Mereka membesar
segagan, dan umur pun tak jauh berbeza. Angah lepasan UITM bertemu jodoh
dengan Mohd Hafiz b Zakaria dari Kelantan.
Majlis walimatulurus diadakan di rumah Abang Annuar dan kak Timah di Kesang Tua, Jasin, Melaka pada hari Ahad 1 Disember 2013. Pernikahan dijalankan pada malam Sabtu 30 November 2013 selepas solat fardhu Isyak. Semua adik beradik belah Abang Annuar dan semua adik beradik belah Kak Fatimah hadir sama sehari sebelum itu. Gembira rasa apabila kami dapat bertemu dan berkumpul beramai-ramai begitu. Bapak dan emak saudara jumpa anak-anak saudara, emak jumpa emak, bapak jumpa bapa dan sepupu jumpa sepupu. Ayah Chik dan Mak Cik Rubi sejauh Pulau Pinang juga datang. Mak Tam dari Klang juga datang. Meriah gitu...
Lebih kurang pukul 4.00 petang kehadiran tetamu dah mula berkurang. Kami minta diri untuk balik dek kerana destinasi yang jauh. Ada yang balik ke Pulau Pinang, ke Batu Kurau, ke Ipoh, ke Klang, ke Kuala Lumpur, ke Johor dan lain-lain. Semoga Abang Annuar dan Kak Fatimah berbahagia bersama anak-anak dan menantu...

Best Casino Near Bryson City - Mapyro
ReplyDeleteFind the 세종특별자치 출장안마 best casino near Bryson City. Use our detailed 하남 출장마사지 reviews to 강릉 출장안마 find the best 상주 출장안마 casino in Bryson City, TN. Find your way around the casino, 진주 출장샵 find where everything is located