Pagi ini selepas bersarapan, kami anak beranak bekerjasama membuat kepungan batas untuk tanam sayur-sayuran dan membuat kerja-kerja menanam rumput hiasan di kawasan rumah. Bahan-bahan seperti pasir, simen dan hamparan rumput karpet dah dibeli dan tersedia.
Kepungan batas sayur dibuat agar baja dalam medium penanaman mudah dikawal dan tidak terhakis apabila hujan. Selain daripada itu, oleh kerana ia dibuat berhampiran dengan dapur, memudahkan lagi kerja-kerja menyiram. Selepas ini kepungan yang dibuat daripada batu blok itu akan dilepa, dilorek dan kemudian dicat agar kelihatan seperti simen ferro. Barulah cantik...
Kemudian kami buat kerja menanam rumput karpet di tempat-tempat tertentu. Kami potong rumput tersebut kecil-kecil dan tanam dalam lubang pada tanah. Kemudian tanah di sekeliling rumput tersebut dipijak agar tanah pada rumput bersatu dengan tanah tersedia. Akar rumput akan tumbuh mengembang. Apabila dah siap nampak macam petak-petak dam aji. Semua kerja yang dibuat beres sebelum waktu solat zohor tiba.
No comments:
Post a Comment