Friday, 23 October 2009
FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - PERKEMBANGAN ROCKMELON HARI KE-40
Hari ini dah masuk hari ke-40 tanaman rockmelon kami. Buah-buah rockmelon dah mula membesar. Kerja-kerja membungkus buah giat dilakukan. Sulur-sulur dan buah-buah yang dibuang dikumpulkan dan dibuang jauh-jauh. Kawasan kebun mesti bersih. Seorang kawan berbangsa Cina (tauke nurseri) datang bersama kawannya (tauke ternak ayam) datang melawat dan tengok-tengok kebun fertigasi rockmelon kami. Macam-macam yang ditanyakan mereka berdua. Selain itu, mereka berdua memberi pendapat dan saranan untuk menambah baik tanaman rockmelon kami. Kira oklah tu....
KONVOKESYEN UiTM KE-71 2009 - RAZIN MENERIMA DIPLOMA
Pada 22 Oktober 2009 kitorang pergi UiTM Shah Alam untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke -71. Kitorang bertolak pada pukul 6.00 pagi selepas menghantar Adik ke sekolah. Razin (Abang) menerima diplomanya. Dia tak ada masalah sebab dah biasa keluar masuk kampus UiTM Shah Alam. Sekarang dia melanjutkan pengajian peringkat ijazah di sana. Istiadat Konvokesyen Sidang Ke 12 itu bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kami duduk di khemah di luar dewan. Tengok di skrin besar. Lepas ambil gambar kami minum petang di warung. Dalam pukul 7.30 malam selepas hantar Abang balik ke kondonya kitorang pergi pula jenguk Kakak di KTT Sepang. Bawa dia makan tomyam di luar kolej. Selepas makan malam, kitorang bertolak balik ke Pontian. Badan letih mata pun mengantuk. Singgah beberapa kali di R&R minum kopi panas dan berehat. Sampai di rumah pukul 3.00 pagi.
Monday, 19 October 2009
FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - PERKEMBANGAN ROCKMELON HARI KE 36
Hari ini 19 Oktober 2009 tanaman rockmelon kami berusia 36 hari. Buah-buah dah mula membesar. Sulur ketiak yang buahnya tidak dikehendaki dicantas dan dibuang. Dalam masa dua hari ini kami tiga beranak membuat kerja-kerja mencantas, membersih dan membungkus.
Pokok rockmelon berusia 36 hari. Sulur-sulur dicantas.
MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI KAMPUNG PARIT RAMBAI, PONTIAN, JOHOR
Pada hari Sabtu 17 Oktober 2009, kampung kami telah mengadakan Majlis Silaturrahim Aidilfitri. Majlis diadakan di pekarangan Balairaya dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Ramai penduduk kampung yang hadir. Yang tua, yang muda, kanak-kanak, lelaki, perempuan turut hadir. Penuh sesak kawasan Balairaya dengan kehadiran jemputan. Persediaan telah dibuat seminggu sebelum itu. Banyak juadah yang disediakan. Ada ketupat, lemang, rendang dan lain-lain. Air pun ada bermacam jenis. Meriah sungguh. Terima kasih kepada AJK pengelola yang bertungkus lumus merancang dan mengelolakan majlis.
Kanak-kanak berbaris untuk menerima duit raya.
Ketua Kampung Tn. Hj. Mohd Talib Bin Salamon dan En. kassim Bin Rajiman
membahagikan duit raya kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak riang gembira menerima duit raya.
Persembahan nasyid oleh anak-anak sekolah.
Selain beramah mesra para jemputan dapat bunga telur dalam beg yang cantik.
Pelbagai juadah disediakan.
Masing-masing sedang membuat pilihan juadah yang membuka selera.
Kaum bapa sedang menikmati jamuan.
Tuesday, 6 October 2009
FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - LAWATAN PEGAWAI FAMA DAN MARDI
Hari ini 6 Okt. 2009 projek fertigasi rockmelon kami dilawati oleh pegawai-pegawai dari MARDI Kluang dan FAMA Pontian. Mereka ialah En. Azmi B. Abdullah dari FAMA dan En. Azman B. Jalaludin dari MARDI. Tujuan lawatan mereka adalah untuk melihat projek fertigasi kami khususnya untuk mengenal pasti penyakit-penyakit yang biasa menyerang pokok rockmelon. En. Azman B. Jalaludin menyimpulkan bahawa pokok rockmelon yang kami tanam diserang virus. Beliau memberi beberapa saranan dan nasihat untuk membaik pulih dan mengelakkan serangan penyakit dan virus tersebut.
Sunday, 4 October 2009
FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - PERKEMBANGAN TANAMAN ROCKMELON HARI KE 21
Hari ini Ahad, 4 Oktober 2009. Projek fertigasi tanam buah rockmelon kami dah masuk hari ke 21. Bunga jantan dah mula keluar. Pokok semakin tinggi. Pembesaran pokok ada yang tidak sama. Ada beberapa pokok yang diserang penyakit seperti: urat pada daun timbul, daun melecuh, daun kerinting, dan daun kering tidak mengembang. Kebanyakannya penyakit pada daun. Sulur-sulur muda pada tingkat 1 hingga 6 dah dibuang.
Pokok rockmelon tumbnuh dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)