Tahniah kami ucapkan kepada Fakhrul Razin Bin Hasan ('Abang'). Tentunya hari ini, Ahad 13 Mei 2012 adalah hari yang menggembirakan 'abang' dengan penerimaan ijazah dari Pro-Cannselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub. Marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNya ini. Seterusnya, usahalah dengan lebih gigih untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang sedang 'abang' lalui sekarang. Kita sekeluarga harap pada tahun hadapan ayah, emak dan adik-adik sekali lagi dapat masuk ke Dewan Agong Tuanku Canselor.
'Abang',
Agama kita, Islam ialah suatu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan kunci kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat. Islam juga menekankan tentang pentingnya konsep menuntut ilmu dan perlaksanaannya dalam masyarakat Islam.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah: 269
“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.”
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
“Dan orang yang diberi ilmu pengetahuan, yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.” (Surah Saba’: 6)
Seterusnya Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari ahirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar: 9)
Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Jangan ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya." (Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Salah satu teras yang amat berkait dengan pembangunan manusia adalah dengan meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu induvidu insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Pada masa yang sama penekanan akan diberi kepada usaha memupuk individu berbudaya dan memiliki kekuatan ilmu pengetahuan dan moral yang tinggi.
Islam tidak menghalang umatnya untuk bergerak maju mengikut arus permodenan semasa. Namun, dalam kita menghadapi arus permodenan ini, kita perlu mempunyai ilmu serta jati diri yang kukuh agar kita tidak mudah terikut-ikut dengan kemodenan yang terpesong dari nilai agama Islam.
Islam sebenarnya telah menggariskan beberapa sifat dan ciri pemuda seperti 'abang' yang menjadi aset dan mampu menjana kekuatan, kemajuan serta tamadun bangsa.
Antara ciri tersebut adalah:
- Berilmu dan beriman. Pemuda seperti 'abang' yang berilmu merujuk kepada penguasaan pelbagai cabang dan bidang ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Firman Allah S.W.T. Maksudnya: ... Allah akan meninggikan (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mujadalah: 11).
- Berakhlak mulia. Akhlak yang mulia adalah ibarat teras yang menjadi kekuatan syakhsiah dan peribadi seseorang individu. Tanpa dihiasi dengan akhlak akan rosaklah generasi dan bangsa. Sesebuah kemajuan yang dicapai tidak akan bererti lagi apabila generasi sudah kehilangan akhlak, nilai diri dan kemanusiaan. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: ‘Bahawasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’. (Riwayat Ahmad, Hakim dan al-Baihaqi).
- Beramanah dan adil. Sifat amanah dan adil merupakan dua sifat kembar yang sangat penting dan perlu dihiasi dalam peribadi golongan belia terutamanya, dalam usaha untuk membina kemajuan ummah. Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nisaa’ ayat 58: Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.
Inilah antara ciri-ciri dan sifat yang perlu dipasakkan dalam peribadi golongan pemuda seperti 'abang' pada hari ini demi untuk membangun dan memajukan ummah, bangsa dan negara dalam lingkungan rahmat dan barakah. Negara kita Malaysia memerlukan golongan pemuda yang benar-benar berwibawa, berperibadi dan bersyakhsiah Islam, bersesuaian dengan sanjungan yang diberikan kepada mereka sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Sahutlah titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Canselor UiTM, universiti pilihan 'abang' dalam Istiadat Konvokesyen itu, iaitu:
- Setiap warga Universiti Teknologi Mara (UiTM)memanfaatkan sumber, kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang supaya dapat mengoptimumkan keupayaan masing-masing. Melalui cara itu, ia dapat membantu universiti mempercepatkan proses transformasi negara ke arah menjadikan masyarakatnya maju dari segi pemikiran, tindakan, pencapaian dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.
- Justeru, Baginda berharap para graduan sebagai golongan intelek dapat memainkan peranan secara positif agar negara Malaysia kekal berdaulat di bawah pemerintahan kita sendiri.
- Para graduan adalah pemimpin masa depan yang diharap untuk memastikan negara terus aman. Pertahankanlah negara, universiti ini agar sentiasa meneruskan kehebatan untuk mencipta peradaban lebih gemilang.
- Graduan sentiasa mengenang jasa ibu bapa, jasa universiti dan jasa pemimpin-pemimpin negara, sifat mengenang jasa itu adalah sifat yang mulia disisi Allah. Baginda amat bersukacita dengan UiTM yang sentiasa mengenang jasa insan-insan serta pemimpin-peminpin negara di pelbagai peringkat.