Hari ini bermulanya peperiksaan UPSR. Lepas itu peperiksaan PMR. Seterusnya peperiksaan SPM dan STPM. Marilah kita sama-sama berdoa untuk anak-anak kita agar mereka berjaya dalam peperiksaan.
Semoga mereka berjaya menjadi insan yang taat kepada agamanya, taat
kepada kedua ibubapanya, dan menjadi warga negara yang terpuji.
Amalkanlah doa ini:
"Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala
puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke
atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke
atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
Ya
Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad
suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan
dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala
hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan
yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi
darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan
segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas
keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera
yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Ya
Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan
orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di
dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan
hamba-hambaMu yang soleh.
Ya
Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan
orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan
mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat
kerosakan.
Ya
Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang
yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka
kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta'wil
dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada
mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat
muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari
segala yang lain yang mengasihani.
Ya
Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah
bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah
kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di
antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah
mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan
lupa.
Ya
Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu,
sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan
bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat ,
wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha
Mengetahui.
Ya
Allah, Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka
dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu,
dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan
jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan
penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang
lain yang mengasihani.
Dan
Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli
keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi
Allah Tuhan seru sekalian alam".