Monday, 22 December 2014

SUKANYA KITORANG DI KEBUN ANGGUR

Apabila mengetahui adanya kebun anggur di Kedah, sememangnya kitorang berhasrat hendak ke sana. Pada kesempatan cuti panjang ini, kami melawat kebun anggur itu. Ladang Anggur Tasik Beris ini letaknya di tepi tasik Beris di daerah Sik, Kedah. Oleh kerana kebun ini di tepi tasik, secara tidak langsung membantu mengekalkan kelembapan di sekeliling kebun anggur. 




















Wednesday, 10 December 2014

REUNION GENG MAKTAB PERGURUAN TEKNIK TAHUN 1981 - 1983

Pada hari Sabtu hingga Isnin (6 hingga 8 Disember 2015), kami sekeluarga menjadi tuan rumah reunion kawan-kawanku semasa belajar di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur tahun 1981 hingga 1983. Ramai-ramai kawan-kawanku dari seluruh negara hadir bersama isteri/suami, anak, anak menantu dan cucu masing-masing. Mereka menginap di Hotel Pontian.

Ini adalah reunion kami kali yang keempat. Kali pertama di adakan di Ipoh (2012), kemudian di Port Dickson (2013), diikuti di Besut (2014), dan kini di Pontian iaitu di rumahku. Kami sekeluarga amat gembira menerima kahadiran tetamu kami yang seramai 93 orang itu. Ada di kalangan kami yang tidak pernah bertemu setelah lebih daripada 30 tahun berpisah. Banyak cerita di kisahkan semula di sepanjang pertemuan itu. 

SABTU 6 DISEMBER 2014 

PAGI 
  • BETTOLAK KE PONTIAN 
  • CHECK IN HOTEL 
  • REHAT

MALAM 
  • MAKAN MALAM 
  • KENANGAN SILAM BERSAMA RAKAN DAN KELUARGA

AHAD 7 DISEMBER 2014

  • SARAPAN PAGI 
  • LAWATAN KE TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI PENGHUJUNG BENUA ASIA 
  • LAWATAN KE RUMAH KAYU TRADISIONAL KEPUNYAAN CIKGU ABDUL HADI BIN AMBOK INGTANG DAN IBUNYA
  • LAWATAN KE KUKUP LAUT  
  • LAWATAN KE MUZIUM BUGIS DI PANTAI RAMBAH 
  • MAJLIS BACAAN SURAH YAASIIN DAN TAHLIL ARWAH
  • JAMUAN 
  • SEMBANG-SEMBANG

ISNIN 8 DISEMBER 2014

  •  LAWATAN KE KOTA ISKANDAR, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI JOHOR 
  • LAWATAN KE LEGOLAND 
  • BERSURAI