Tuesday, 22 October 2013

GRADUATION AYAH, EMAK DAN ABANG

Foto-foto ini adalah foto semasa Hari Konvokesyen bagi ayah, emak dan abang Fakhrul Razin. Ayah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Malaysia. Emak berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya. Manakala abang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Mara. Ketika ini abang melanjutkan pengajian di peringkat master di UiTM Puncak Alam sehingga Februari tahun 2014. Kakak pula belum graduate lagi. Kakak sekarang sedang belajar di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia. Manakala adik pula sedang belajar di UiTM Bandaraya Melaka.




Sunday, 20 October 2013

ABANG, KAKAK DAN ADIK SEMASA KANAK-KANAK 1

Zaman kanak-kanak anak-anak kami Fakhrul Razin b Hasan (abang), Nur Izyani Nadhirah  bt Hasan (kakak) dan Fakhrul Syahmi Azri b Hasan (adik). 'Abag' lahir di Hospital Lumut, Lumut, Perak, 'Kakak' lahir di Ong Clinic di Taiping, Perak, manakala 'Adik' pula lahir di Ong Clinic di Taiping, Perak. Diorang semua anak Perak. Memulakan zaman kanak-kanak di rumah kami di Bandar Taiping dan berpindah pula ke Pontian pada akhir tahun 1994.












Saturday, 19 October 2013

PERNIKAHAN AYAH DAN EMAK

Ayah dan emak bernikah pada 12 Disember 1987 di rumah Atok Ngah di Batu 10, Bagan Serai, Perak. Rumah Atok Ngah terletak di hadapan rumah emak. Ayah bernama HASAN B KASMURI yang berasal dari Pontian, Johor. Emak bernama LILI MAZNAH BT TAJUL ARIFFIN yang berasal dari Bagan Serai, Perak. Kedua-duanya bertemu semasa bertugas di Sitiawan, Perak. Ayah anak bungsu daripada tujuh beradik manakala emak adalah anak ketiga daripada lima beradik. 

Nama kedua ibu bapa ayah ialah KASMURI B MURSIT dan JOHARIAH BT AMAT TARUNO. Mereka berdua berketurunan Jawa namun dilahirkan di Malaysia. Keturunan Atok Kasmuri berasal dari Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia. Keturunan Nenek Johariah berasal dari Paringan, Jawa Tengah, Indonesia. Nama kedua ibu bapa sebelah emak ialah TAJUL ARIFFIN B BABJEE  dan HAMSIAH BT MOHD ISA. Sebelah Atok Tajul berketurunan Pakistan manakala sebelah Atok Hamsiah berketurunan Mendailing dan Jawa. Jadi keturunan kami ini hasil perkahwinan campur.






Tuesday, 15 October 2013

IBADAH KORBAN

Pada Aidiladha tahun ini kami mengambil bahagian membuat ibadah korban bersama guru-guru SMK Telok Kerang.

Aidiladha yang disebut hari raya korban, mengajak kita mengenang kembali suatu bentuk ketaatan, kepatuhan manusia terhadap Allah SWT, sebagaimana yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Nabi Ibrahim a.s. rela meninggalkan anak dan isteri di padang sahrak yang tandus. Siti Hajar rela ditinggalkan bersendirian tanpa teman dan bekalan makanan yang mencukupi. Kerana kepatuhan dan ketaatanlah Nabi Ibrahim rela menyembelih anak kandungnya yang tunggal. Sedang Ismail a.s. sanggup menyerahkan lehernya untuk disembelih ayahnya. Setelah nyata ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim melalui ujian tersebut, maka Allah gantikan anaknya dengan seekor kibas untuk disembelih. Maka selamat dan sejahteralah keduaduanya setelah lulus ujian yang sangat getir itu.

Ya Allah, kami mohon supaya Engkau terimalah ibadah korban yang kami lakukan pada tahun ini. Jadikanlah darah, tanduk dan bulu-bulunya sebagai kebajikan yang akan diperhitung dalam timbangan amal kami di hari akhirat kelak. Amin.








SALAM AIDILADHA

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Apa yang penting daripada ibadah haji, bukan berapa kali seseorang itu menunaikannya, tetapi yang amat penting ibadah haji yang dilakukan itu dapat membentuk perilaku dan sahsiah seseorang menurut syariat Islam. Itulah ukuran mereka yang layak memperoleh haji yang mabrur.

Sabda Rasulullah S.A.W.: 
“Haji yang mabrur itu tidak lain balasannya, melainkan balasan syurga”. (Riwayat At-Tirmidzi)