Ayah dan emak bernikah pada 12 Disember 1987 di rumah Atok Ngah di Batu 10, Bagan Serai, Perak. Rumah Atok Ngah terletak di hadapan rumah emak. Ayah bernama HASAN B KASMURI yang berasal dari Pontian, Johor. Emak bernama LILI MAZNAH BT TAJUL ARIFFIN yang berasal dari Bagan Serai, Perak. Kedua-duanya bertemu semasa bertugas di Sitiawan, Perak. Ayah anak bungsu daripada tujuh beradik manakala emak adalah anak ketiga daripada lima beradik.
Nama kedua ibu bapa ayah ialah KASMURI B MURSIT dan JOHARIAH BT AMAT TARUNO. Mereka berdua berketurunan Jawa namun dilahirkan di Malaysia. Keturunan
Atok Kasmuri berasal dari Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia. Keturunan
Nenek Johariah berasal dari Paringan, Jawa Tengah, Indonesia. Nama kedua ibu bapa sebelah emak ialah TAJUL ARIFFIN B BABJEE dan HAMSIAH BT MOHD ISA. Sebelah Atok Tajul berketurunan Pakistan manakala sebelah Atok Hamsiah berketurunan Mendailing dan Jawa. Jadi keturunan kami ini hasil perkahwinan campur.
No comments:
Post a Comment