Colmar terletak di bahagian timur laut Perancis. Colmar (Colmer)
ialah ibukota pentadbiran Haut-Rhin, Perancis. Dari tahun 1871 sehingga
tahun 1918, kota ini adalah sebagian wilayah pemerintahan Jerman yang
dikenali dengan nama Kolmar. Colmar masuk ke wilyah Perancis pada tahu 1697.
Daripada sekelumit catatan sejarah itu, menyebabkan kami teringin nak tengok sendiri keadaan perkampungan dan bangunan Colmar. Namun tak terdaya aku nak pergi terus ke Colmar, Perancis. Cukuplah sekadar ke Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Bentung, Pahang. Di sini dibina replika bangunan-bangunan dan kota yang menyerupai dari kampung di timur laut Peranchis sejak abad ke-16 itu. Colmar Tropicale yang dimiliki oleh Berjaya Hills Resort dibina berdasarkan reka bentuk kota di Colmar, Perancis.
Nak ke sana, ambil jalan menuju Kuantan melalui Lebuhraya Karak. Tidak berapa jauh selepas melepasi Kampung Bukit Tinggi, belok kiri ambil pula susur keluar menuju Berjaya Hills Resort. Memandu di jalan menaik yang berliku merentasi hutan malar yang masih segar dan bersih dari pencemaran. Sambil menyusuri laluan berliku menuju puncak, bolehlah melayangkan pandangan mata ke kejauhan sana ke bukit-bukau dan lereng yang membiru.
Pengunjung ke Colmar Tropicale biasanya diarahkan oleh pengawal keselamatan untuk meletak kenderaan mereka di La Chevalier iaitu bangunan berbentuk kota lama Perancis. Letaknya bertentangan dengan Colmar Tropicale. Jika kita menginap di Colmar Tropicale kita boleh teruskan pemanduan ke Colmar Tropicale dan parking kenderaan kita di aras bawah Colmar Tropicale.
Kami hanya berjalan-jalan nengok binaan bangunan di sini. Makanan dan minuman dah tentu lebih mahal daripada tempat lain. Kalau orang tanya dah pergi Colmar, Perancis ke belum, aku akan jawab dah pergi dah...