Pada
cuti Tahun Baru Cina (CNY) hari itu kitorang berpakat bercuti di kawasan
pantai peranginan Mersing, Johor. Pantai pilihan kitorang ialah pantai
Air Papan. Di situ tersedia banyak penginapan seperti chalet, resort dan
homestay. Kebetulan pula anak-anak yang seramai tiga orang itu semua
pun turut bercuti: Abang bercuti setelah habis study masternya, Kakak
cuti setelah habis pengajian akademiknya di Jogjakarta, dan Adik cuti
pertengahan semesternya. Semua dapat berkumpul.
Persiapan
awal tentunya bermula di rumah. Masing-masing menyediakan bahan dan
peralatan terutamanya bahan-bahan seperti ikan, ayam, daging dan
peralatan membakar. Diorang nak buat bbq di depan chalet. Semua
bahan-bahan itu diperap dan dimasukkan ke dalam polisterin yang berais.
Kami
pergi bercuti di pantai Air Papan dengan dua kereta. Dalam kesesakan
bandar Mersing, keretaku di sodok dari belakang oleh sebuah Alza.
Pemandunya pasangan suami isteri muda leka dan tertekan pedal minyak.
Depan kereta diorang nampaknya teruk remuk, manakala keretaku kemek
sikit sahaja di bahagian beakang.
Kitorang
menginap di Air Papan Beach Resort di sebuah chalet yang besar. Dalam
chalet itu ada pulak satu bilik. Kawasan chalet kelihatan bersih dan
kemas. Kolam mandi pun ada. Oleh kerana CNY, kami buat tempahan sebulan
lebih awal. Itupun tinggal 2 chalet yang masih kosong. Segala bangsa ada
menginap di situ. Sekarang orang Malaysia suka berjalan apabila ada
kesempatan bercuti.
Aktiviti
kitorang hanya relals-relaks. Makan-makan, baca, jalan-jalan di pantai,
jalan-jalan di lain-lain pantai, menikmati sunrise, makan, nonton tv,
bakar-bakar ikan, ayam, daging dan lain-lain. Wifi dan internet memang
tak ada sebab kawasan pantai Air Papan dilindungi bukit yang tinggi.
Apabila malam menjelang, kawasan chalet kelihatan meriah. Masing-masing
buat bbq di halaman chalet. Asap berkepul-kepul. Bau harum menerawang di
angkasa chalet. Ada ketikanya kitorang mandi-manda di kolam renang.
Kitorang langsung tak mandi laut. Laut bergelora pada waktu itu.
Menakutkan dan merbahaya...
No comments:
Post a Comment