Sunday, 7 June 2015

JALAN-JALAN KE PERLIS - NEGERI KECIL TAPI MENARIK

Pada awal Jun lalu kami merayau ke Perlis negeri di utara Semenanjung Malaysia. Sebenarnya kami nak pergi makan kenduri bapa saudara di Pulau Pinang. Namun oleh kerana putera kami Fakhrul Razin b Hasan yang berada di Perlis, jadi kami jenjalan di Perlis. Fakhrul Razin buat ketika ini menjadi pensyarah di UiTM Perlis dan menyewa rumah di Arau.

Perlis negeri kecil tapi cantik. Yang menarik hati kami ialah sawah padinya yang terbentang luas, bukit batu kapur, dan mangga harumanis. Pada masa kami ke sana, musim harummanis dah sampai ke penghujung. Dapatlah juga merasa, memang sedap.

Jika ke Perlis memang tak sah kalu tak pi Padang Besar. Bukan nak shopping, tapi nak menikmati makanan ala Thai... Melayu Tahailand. Hari itu kami menikmati laksa lemak, sup Thai dan ice-cream nyior. Memang sedap. Di Kuala Perlis kami menikmati nasi daging batang pinang bakar. Pun sedap. Yang paling unik apabila kami bersarapan di Nasi Kandar Pokok Petai di Mata Ayer. Rumah makan ini seratus peratus perabotnya dibuat daripada kayu balak. Cantik sekali.

Walaupun dah beberapa kali melawat Gua Kelam, kali ini kami melawat lagi. Terfikir dan kagum kami bagaimana pelombong-pelombong zaman dulu melombong dalam tanah di bawah bukit tanpa peralatan yang canggih dan berkeadaan gelap. Sekarang ini walaupun ada lampu elektrik, keadaannya masig gelap. Betapa nekadnya pelombong-pelombong itu. 

Kami pergi juga ke ladang mangga harumanis. Musim dah hujung-hujung begini tak dapatlah buah yang betul-betul baik punya. Harganya yang tinggi memnjadikan kami tak beli, sementelah pula Fakhrul Razin dah beli dan disimpan harumanis dalam peti sejuk di rumahnya. Singgah di rumah seorang kawan Azhar Ariffin yang tinggal di Mata Ayer, kami dijamu mangga harumanis yang dibawa oleh seorang kawan lagi iaitu Mahzan, seorang pensyarah di IPG Kangar.

Yang menarik jenjalan kami itu ialah apabila melawat Muzium Kota Kayang. Landskap muzium itu di kelilingi oleh bukit dan batu-batu bukit. Ternyata asli dan cantik.

Secara kebetulan semasa kami ke sana adalah sambutan hari keputeraan Raja Perlis. Istana Arau dibuka kepada rakyat Perlis dan orang ramai selepas waktu solat Isyak. Bergemerlapan lampu warna-warni di kawasan Istana Arau.
























No comments:

Post a Comment