Hari ini
Selasa 19 Mei 2015 berlangsungnya hari wisuda (hari konvokesyen) bagi kakak. Setelah hampir tiga tahun setengah kuliah di Fakulti
Kedoktoran Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia, hari ini
tentunya saat yang menggembirakan bagi kakak apabila
naik ke pentas menerima ijazahnya daripada rektor UGM. Selepas ini
iaitu pada awal bulan Jun, kakak akan mengikuti praktek koas
(pembantu doktor atau doktor pelatih) selama dua tahun, juga di negara
seberang itu. Selepas itu, wisuda sekali lagi di peringkat fakulti
pengesahan sebagai doktor profesional.
Kami suami isteri berada di Jogjakarta selama 5 hari. Kami
terbang dengan Air Asia melalui Senai Airport dan mendarat di Bandara
Adisutjipto, Jogjakarta pada Isnin 18 Mei 2015, setelah diberi keizinan
cuti rehat khas oleh Puan Pengetuaku. Si ibu tidak ada masalah
mengenai cuti kerana dia seorang pengetua yang mempunyai cuti tahunan.
Walaupun kami telah berkali-kali pergi ke Jogjakarta, tetapi kehadiran
kami di sisi puteri kami pada kali ini amat besar ertinya kepada
puteriku itu. Maklumlah hari bersejarah buat dirinya.
Tahniah
buat kakak Nur Izyani Nadhirah binti Hasan. Inilah saat yang
membahagiakan 'kakak' setelah pergi mencari ilmu dalam bidang kedoktoran di negara
orang. Itulah bidang yang amat dicita-citakan sewaktu dia mula
mengenal alam persekolahan. Sememangkan 'kakak' berhak bergembira di
waktu ini. Ucapkanlah syukur dan alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas
kejayaan ini.
Tahniah puteri kami Nur Izyani Nadhirah binti Hasan...
No comments:
Post a Comment