Hari Sabtu dan Ahad 15 November 2009 kami anak beranak sibuk sikit. Buah rockmelon yang kami tanam dah sampai tempoh untuk dituai. Kali ini kami tuai 5 hari sebelum ia ia betul-betul masak supaya ia tidak terlalu masak dan rosak semasa dijual. Ada perbezaan antara rockmelon glamour dan sweetie. Kedua-duanya saya tanam. Saya lebih suka tanam glamour. Pegawai pertanian minta saya cuba tanam sweetie. Glamour lebih berat walaupun siznya sama. Urat atau jaring pada glamor nampak timbul dan cantik berbanding sweetie. Glamour rasanya rangup manakala sweetie lembut macam betik. Daun pokok glamor berwarna hijau pekat manakala sweetie kekuningan macam tak cukup baja. Apabila buahnya masak, daun pada buah sweetie akan tua kekuningan dan kering manakala glamour tetap hijau. Banyak jugak buah yang reject yang kebanyakkannya jenis sweetie kerana jaringnya tak cantik dan kulitnya merekah (mungkin baja tak sesuai). Buah yang selebihnya saya sedekahkan kepada orang kampung. Dapatlah diaorang rasa. Terdapat beberapa pokok yang buahnya telah dipetik orang. Hanya tinggal pokoknya sahaja. Entah siapa punya kerja, saya tak tahu.
Ini rockmelon jenis sweetie. Apabila dah masak daunnya menguning dan kering.
Jaringnya tak berapa cantik.
Ini rockmelon jesis glamour.
Menuai buah rockmelon.
Adik dibantu 'Matu' memasukkan buah ke dalam kereta sorong.
Memunggah buah.
Tolak buah....
Sebahagian buah rockmelon yang telah digredkan dan dikumpulkan.
RPH kelihatan lapang setelah buah-buah dituai.
Daun dan batang dikumpulkan dan akan dibakar apabila kering.
Selepas penuaian selesai, medium akan direhatkan.
Diantara buah rockmelon yang beratnya 2.5kg.
Kakitangan FAMA berehat sebentar selepas memunggah buah rockmelon ke dalam lori.
Lori bergerak dengan membawa buah-buah rockmelon untuk dipasarkan.