Berikut adalah laporan berita mengenainya:
Felcra diperintah bayar pampasan RM6.4 juta
Wednesday, 13 January 2010 07:37AM
©Utusan Malaysia
JOHOR BAHRU 12 Jan. - Felcra Berhad (Felcra) diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar pampasan RM6.4 juta kepada 38 peserta Felcra Tebing Runtuh, Gelang Patah setelah agensi itu didapati melanggar perjanjian. Pesuruhjaya Kehakiman, Vernon Ong Lam Kiat memerintahkan Felcra membayar RM168,311.42 bagi setiap peserta tersebut serta faedah lapan peratus terhadap jumlah itu mulai tarikh tuntutan difailkan pada tahun 2001.
Lam Kiat memutuskan demikian setelah mendapati Felcra melanggar perjanjian dengan penduduk yang merupakan peserta Projek Penyusunan Semula Kampung Tebing Runtuh.
Perjanjian itu melibatkan tanah seluas 604 hektar di Felcra Tebing Runtuh yang dijadikan kompleks pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.
Para peserta Felcra itu selaku plaintif memfailkan tuntutan pada 3 Mei 2001 dengan menamakan Felcra defendan pertama, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru defendan kedua dan Kerajaan Negeri Johor defendan ketiga. Mereka menuntut pampasan RM1.8 juta seorang berdasarkan andaian bahawa tanah mereka bernilai RM300,000 bagi setiap 0.4 hektar.
Lam Kiat bagaimanapun menolak tuntutan plaintif terhadap defendan kedua dan ketiga. Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, pada 4 April 1995, Kerajaan Negeri Johor melalui sepucuk surat dari Pejabat Menteri Besar Johor telah mengesahkan bahawa tanah tersebut akan dikurniakan kepada peserta terbabit. Bagaimanapun, pada 2001, pihak plaintif dimaklumkan hak dan kepentingan mereka telah dibatalkan dan masingmasing hanya diberi pampasan dalam bentuk sebuah rumah berharga RM50,000 dan wang tunai RM173,689.
Peserta Felcra itu diwakili peguam, K. Sasindran, Desmond J. Louis, J. J. Naidu dan S. Jayakumar manakala peguam dari firma guaman, Tetuan Wan Sharifah Jamilah & Partners yang mewakili Felcra tidak hadir. Defendan kedua dan ketiga diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abdul Rahman Putra Taha.
Dah lama saya nak ke kampung ini. Apabila sampai di sini rupa-rupanya ia hanya bersebelahan dengan Puteri Harbour, Kota Iskandar yang dipisahkan oleh tebing yang belum diruntuhkan.
Didakwa asal-usul kampung ini dibina oleh orang-orang Melayu. Ada cerita mengatakan asal-usul orang Melayu itu datang dari Daik di Pulau Lingga dan dari Kampar semasa pemerintahan Johor-Riau-Lingga beratus tahun dulu. Keturunan Kampar tidak membesar manakala keturunan orang Daik terus berkembang sehinggalah hari ini. Kemudian keturunan itu berkahwin campur dengan orang Jawa, Bugis dan lain-lain.
Kampung ini tidaklah sebesar mana. Sunyi dan senyap semasa siang hari. Agaknya penduduk kampung sibuk bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sikijang, sebuah pos tentera (ATM), sebuah menara tinjau kepunyaan ATM, sebuah kubur lama dan sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hidayah. Lain-lain kemudahan tak berapa nampak. Ada juga rumah-rumah yang dibina di gigi air Selat Tebrau.
Yang menariknya mengikut cerita seorang penduduk kampung ini, pada zaman Jepun dulu, tepi pantai kampung ini iaitu berhampiran dengan kubur lama berhimpunlah beribu soldadu/tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Singapura. Jarak Singapura dengan kampung ini tak jauh, dekat sahaja yang dipisahkan oleh Selat Tebrau. Penduduk kampung diperintahkan keluar dari kampung ini untuk mencari perlindungan. Ketika perang. salah seorang jeneral Jepun mati kena bedil tentera British dari arah pulau Singapura lalu ditanam di kawasan kubur di kampung ini. Ironinya jeneral Jepun yang terbunuh itu beragama Islam (betul ke?). Tak lama kemudian kubur digali dan mayat dibawa balik ke Jepun.
Sayang sekali apabila mendapat tahu bahawa kampung ini akan lenyap diambil-alih kerana kawasan kampung in i berada di kawasan WPI dan Kota Iskandar, sebagaimana lenyapnya Felcra Tebing Runtuh. Sebagaimana namanya iaitu Tebing Runtuh, kampung ini yang tebingnya bercenuram juga akan runtuh dan lenyap tak lama lagi. Bukan sahaja runtuh tetapi lenyap terus. Saya harap penduduk Kampung Tebing Runtuh bersabar....
Di kejauhan sana ialah pulau Singapura yang dipisahkan oleh Selat Tebrau.
Kedudukan Kampung Tebing Runtuh di cenuram tebing Selat Tebrau.
Diceritakan di sinilah tentera Jepun berhimpun untuk menyerang
Singapura semasa perang dunia ke 2.
Diceritakan juga bahawa seorang jeneral tentera Jepun di kebumikan di kubur ini
setelah terbunuh dibedil oleh tentera British dari seberang di pulau Singapura.
terimakasih atas informasinya..kampung ini membawa nostalgia kepada saya kerana keluarga sebelah ibu memang asal orang Tebing Runtuh. Semasa kecil saya selalu pulau ke kampung dan menghabiskan masa cuti sekolah di sana...terimakasih sekali lagi...
ReplyDeleteterima kasih kera na membuat kisah tentang kg tebing runtuh..kami sebagai penduduk kg te bing runtuh akan pertahankan hak kami sebagai ornag melayu,,okami ras seperti orang asing di halu seperti anjing ...
ReplyDeleteKampung ibu saya jugak...asal org sini...atuk laki dan atuk pompuan semua asal sini..kubur atuk pompuan sebelah sk sikijang....selalu balik duk sini ...dari umh kat tepi laut ...berpindah ke tanah felcra..kemudian ke taman perintis 1 nusajaya..
ReplyDeleteKampung ibu saya jugak...asal org sini...atuk laki dan atuk pompuan semua asal sini..kubur atuk pompuan sebelah sk sikijang....selalu balik duk sini ...dari umh kat tepi laut ...berpindah ke tanah felcra..kemudian ke taman perintis 1 nusajaya..
ReplyDelete