Wednesday, 22 December 2010
Monday, 20 December 2010
Sunday, 12 December 2010
SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2010
Semalam kami jalan-jalan ke MITC Melaka. Di sana ada Showcase Satu Daerah Satu Industri 2010. Pukul 10 pagi dewan pameran mula dibuka. Kami sampai di MITC tepat pukul 10.00 pagi. Masih belum ramai pengunjung dan dalam dewan masih belum sesak.
Beberapa booth negeri-negeri yang selain mempamerkan produk, ada yang mempersembahkan kebudayaan popular sesuatu daerah. Misalnya N. Sembilan mempersembahkan muzik caklempong, Sarawak dengan tarian dan pakaian tradisional dayak, Melaka dengan dondang sayang, dan Terengganu dengan nyanyian mayang diulik. Suasana memang meriah.
Terdapat juga booth yang buat demonstrasi penghasilan sesuatu produk. Kami berminat melihat kerja-kerja menenun dan mengukir kayu. Nampak payah dan memang susah pun. Kena belajar dulu baru boleh buat. Contohnya, sehelai kain tenun Sarawak bersaiz 1 meter mengambil masa dua minggu untuk menyiapkannya dan dijual dengan harga RM250.00. Tak berpadanan dengan tenaga untuk menenunnya.
Dalam showcase SDSI ini banyak benda baru yang kami dapat terutamanya mengenai kekuatan dan produk utama setiap daerah di Malaysia. Produk yang pelbagai itu termasuk 'homestay' yang dipamerkan di booth memberi peluang kepada pengunjung berinteraksi dengan lebih dekat dengan pengusaha-pengusaha produk.
Pengunjung juga berpeluang membeli-belah produk-produk setiap daerah dengan harga promosi. Sambil menyelam sambil minum air. Sambil memcari maklumat dan melihat kekuatan setiap daerah, sambil membeli-belah produk yang diinginkan.
Wednesday, 8 December 2010
KALAU NAK BERISTIREHAT PERGILAH KE BUKIT FRASER
Minggu lepas kami pergi ke Bukit Fraser. Bukit Fraser terletak di negeri Pahang. Ia tempat peranginan tanah tinggi iaitu 1,524 meter di atas paras laut dan dikelilingi oleh kehijauan hutan tebal hutan hujan khatulistiwa. Sesiapa yang berminat dan penggemar alam semulajadi silalah ke sini kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan.
Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi melalui sebatang jalan berliku tajam 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Ia jalan sehala yang dikawal. Jam menunjukkan angka ganjil hanya boleh naik manakala jam angka genap hanya boleh turun.
Bukit Fraser kaya dengan jalan berliku menjadikan kepada pening dan perut memulas.
Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu putih dengan gaya Tudor. Sebenarnya di Bukit Fraser ni tiada pekan atau pusat bandar. Nak cari kedai runcit pun susah. Kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik berdekatan dengan Pos Malaysia, balai polis, pusat sukan dan Puncak Inn. Di sini bukan untuk bershopping. Di sini hanya tempat beristirehat. Di sini banyak hotel, resort dan banglo yang boleh disewa.
Pada kami, Bukit Fraser adalah lokasi atau tempat yang membosankan. Dahlah tak dingin, kawasan ini terlalu sunyi. Ia lebih sebagai tempat berehat dan berjalan-jalan sambil menghirup udara segar dan nyaman. Kabus tebal ada di sekeliling kita terutamanya selepas hujan dan di waktu awal pagi.
Namun demikian, tempat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Jika nak kegiatan lebih mencabar, susurilah denai dan laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi menikmati dan menghayati suasana hutan hujan khatulistiwa.
Di antara kegiatan lain ialah bermain golf di Kelab Golf Bukit Fraser, memancing ikan (tangkap dan lepas) dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau.
Air terjun Jeriau jauhnya lebih kurang 4.5 km dari menara jam. Air terjun ini taklah besar, taklah tinggi dan taklah cantik. Tak pergi ke situ pun tak apa... Tempatnya sunyi. Jika terjadi sesuatu kepada kita, tak ada siapa yang boleh nak minta tolong. Namun demikian usaha membangunkannya saya puji. Siar kaki dibina dari pintu masuk hingga ke air terjun. Tempatnya bersih. Ada pekerja yang sentiasa membersihkannya sepanjang hari. Tahniah!
Tuesday, 7 December 2010
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MOTOR SHOW (KLIMS) 2010
Semalam kami jalan-jalan ke pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010. Pameran tersebut diadakan di PWTC Kuala Lumpur dari 3 hingga 12 Disember 2010.
Pada kami pameran ini adalah landasan terbaik bagi kita untuk mengenal dan menatap kereta-kereta baru dan protaip keluaran tempatan atau luar negeri.
Pengunjung berpeluang melihat model-model baru yang cantik dan futuristik terutamanya daripada produk jenama tempatan seperti Tuah (Proton) dan Bezza (Perodua). Kita dah membuktikan bahawa kita mampu bersaing dengan jenama dari luar negara.
Pelbagai model kereta daripada pengeluar dipamerkan. Nampaknya design kereta-kereta dari Korea lebih menarik dan cantik. Turut dipemerkan ialah kereta-kereta hibrid. Memang puas hati nengoknya walaupun terpaksa membayar RM15.00 seorang. Kereta yang tak pernah kita lihat di Malaysia pun ada di pamerkan. Kami juga berpeluang melihat kereta yang digunakan dalam filem 'Transformer'. Memang cantik dan kelihatan teguh...
Foto-foto di bawah adalah sebahagian kereta-kereta yang dipamerkan. Maaflah kerana beberapa model kereta bersama model-model wanita cantik dan seksi yang disnap tidak dapat kami uploadkan.... hehehehe....
Subscribe to:
Posts (Atom)