Minggu lepas kami pergi ke Bukit Fraser. Bukit Fraser terletak di negeri Pahang. Ia tempat peranginan tanah tinggi iaitu 1,524 meter di atas paras laut dan dikelilingi oleh kehijauan hutan tebal hutan hujan khatulistiwa. Sesiapa yang berminat dan penggemar alam semulajadi silalah ke sini kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan.
Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi melalui sebatang jalan berliku tajam 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Ia jalan sehala yang dikawal. Jam menunjukkan angka ganjil hanya boleh naik manakala jam angka genap hanya boleh turun.
Bukit Fraser kaya dengan jalan berliku menjadikan kepada pening dan perut memulas.
Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu putih dengan gaya Tudor. Sebenarnya di Bukit Fraser ni tiada pekan atau pusat bandar. Nak cari kedai runcit pun susah. Kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik berdekatan dengan Pos Malaysia, balai polis, pusat sukan dan Puncak Inn. Di sini bukan untuk bershopping. Di sini hanya tempat beristirehat. Di sini banyak hotel, resort dan banglo yang boleh disewa.
Pada kami, Bukit Fraser adalah lokasi atau tempat yang membosankan. Dahlah tak dingin, kawasan ini terlalu sunyi. Ia lebih sebagai tempat berehat dan berjalan-jalan sambil menghirup udara segar dan nyaman. Kabus tebal ada di sekeliling kita terutamanya selepas hujan dan di waktu awal pagi.
Namun demikian, tempat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Jika nak kegiatan lebih mencabar, susurilah denai dan laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi menikmati dan menghayati suasana hutan hujan khatulistiwa.
Di antara kegiatan lain ialah bermain golf di Kelab Golf Bukit Fraser, memancing ikan (tangkap dan lepas) dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau.
Air terjun Jeriau jauhnya lebih kurang 4.5 km dari menara jam. Air terjun ini taklah besar, taklah tinggi dan taklah cantik. Tak pergi ke situ pun tak apa... Tempatnya sunyi. Jika terjadi sesuatu kepada kita, tak ada siapa yang boleh nak minta tolong. Namun demikian usaha membangunkannya saya puji. Siar kaki dibina dari pintu masuk hingga ke air terjun. Tempatnya bersih. Ada pekerja yang sentiasa membersihkannya sepanjang hari. Tahniah!
No comments:
Post a Comment