Tuesday 7 December 2010

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MOTOR SHOW (KLIMS) 2010

Semalam kami jalan-jalan ke pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010. Pameran tersebut diadakan di PWTC Kuala Lumpur dari 3 hingga 12 Disember 2010.

Pada kami pameran ini adalah landasan terbaik bagi kita untuk mengenal dan menatap kereta-kereta baru dan protaip keluaran tempatan atau luar negeri.

Pengunjung berpeluang melihat model-model baru yang cantik dan futuristik terutamanya daripada produk jenama tempatan seperti Tuah (Proton) dan Bezza (Perodua). Kita dah membuktikan bahawa kita mampu bersaing dengan jenama dari luar negara.

Pelbagai model kereta daripada pengeluar dipamerkan. Nampaknya design kereta-kereta dari Korea lebih menarik dan cantik. Turut dipemerkan ialah kereta-kereta hibrid. Memang puas hati nengoknya walaupun terpaksa membayar RM15.00 seorang. Kereta yang tak pernah kita lihat di Malaysia pun ada di pamerkan. Kami juga berpeluang melihat kereta yang digunakan dalam filem 'Transformer'. Memang cantik dan kelihatan teguh...

Foto-foto di bawah adalah sebahagian kereta-kereta yang dipamerkan. Maaflah kerana beberapa model kereta bersama model-model wanita cantik dan seksi yang disnap tidak dapat kami uploadkan.... hehehehe.... 





































No comments:

Post a Comment