Pada cuti sekolah hujung tahun 2012 ini, sambil mengunjungi si puteri yang berkuliah di UGM Jogjakarta, kami berdua mengambil kesempatan merayau-rayau di Bali, Jogjakarta, Solo dan Bandung. Selama dua minggu kami berdua merayau di negara jiran itu (ongkos tak banyak sebab tu ke sini...hehehe...). Merayaulah kami ke tempat-tempat yang sering dikunjungi orang lain dan tempat-tempat yang entah ape-ape... mengikut suka sendiri.
Perayauan kami tertumpu untuk melihat budaya, cara hidup, alam semula jadi, makanan dan pemandangan di perkampungan. Shopping tu ciput aje... buat syarat menunjukkan kami dah ke sana dan buat ole-ole saudara-mara dan teman-teman di Malaysia.
Sungguh seronok melihat pemandangan indah kawasan perkampungan, bukit-bukau, gunung-ganang dan sawah padi sama ada di tanah pamah atau sawah yang berteres melalui tingkap keretapi yang kami naiki atau tingkap kereta yang disewa atau merasai sendiri keseronokan menaiki motosikal di sepanjang perjalanan ke setiap destinasi.
Banyak maklumat mengenai sesuatu tempat kami peroleh melalui pak supir kami. Ada ketikanya kami menyewa motosikal untuk merayau-rayau. Ia lebih ekonomi, mudah dan murah, dapat mengelakkan kesesakan jalanraya, bebas ke sana dan ke sini, dan menepati apa yang kami cari. Sewa scooter 24 jam cuma RM16.00. Harga petrol di sana hanya RM1.45. Kami merayau sakan....
Lokasi pertama yang kami kunjungi ialah pulau Bali. Pulau ini yang juga dikenali sebagai pulau Dewata banyak menyimpan budaya dan cara hidup penganut agama Hindu. Pantainya yang cantik dan budaya yang unik menjadikan pulau Bali ini destinasi pelancung dari seluruh dunia.
Di Jogjakarta, yang dikenali juga sebagai kota budaya dan kota ilmu, kami merayau melihat tempat-tempat bersejarah termasuk candi-candi purba dan kota purba. Kami juga merayau di Jln. Malioboro yang terkenal dengan kesibukan peniaga-peniaga berjualan barangan produk Jogja.
Kami juga merayau ke Tanah Tinggi Dieng Plateau di Wonosobo untuk merasai kedinginan tanah tinggi dan menikmati sang mentari menyinarkan diri di celah-celah pergunungan tanah tinggi ini. Di sini kami melihat sendiri usaha pertanian dengan tanaman ubi kentang bermutu tinggi dan dapat merasai keenakan kentang goreng fresh terus dari ladang.
Di Kota Solo atau Surakarta yang juga terkenal dengan lagu 'Begawan Solo' (sungai Begawan Solo membelah tengah-tengah kota ini) menggamit kami untuk melihat perusahaan kain batik Jawa asli. Kami juga berkesempatan melawat air terjun Gerojokan Sewu yang cantik, melihat Candi Sukuh di pergunungan, dan juga melihat perkampungan sawah padi dan sayur-sayuran di lereng-lereng gunung yang cantik.
Di Kota Bandung yang terkenal sebagai destinasi membeli-belah di kalangan pelancong Malaysia, hawanya lebih dingin terutamanya di daerah pergunungan. Pasar Baru setinggi 7 tingkat di tengah-tengah Kota Bandung wajib dikunjungi kerana di sini barangan yang dijual berharga murah, banyak pilihan dan cantik-cantik. Seperti orang lain, kami juga merayau ke Kawah ratu di Gunung Tangkuban Perahu untuk melihat kawah berasap kesan sulphur yang panas. Bandung juga terkenal dengan luasnya ladang-ladang teh di tanah tinggi.
Di bandung juga kami singgah makan di Resto Kampung Daun yang cantik dan unik sekali. Restoran ini dibina berkonsepkan seseorang itu menikmati makanan yang enak di pondok-pondok tradisional yang kecil di kelilingi tumbuh-tumbuhan menghijau dan disertai sekali dengan deruan air terjun yang mengalir di celah-celah batu. Makanan yang telah siap dimasak akan dihantar ke pondok yang dipilih oleh pelanggan. Cantik sekali kawasan makan ini... Rasanya di Malaysia belum ada lagi restoran sebegini.
Sebenarnya banyak lagi tempat sebagai destanasi perayauan kami di negara tetangga itu. Di sini kami selitkan foto-foto sebahagian tempat yang kami kunjungi. Bercerita melalui foto...
|
Di pintu masuk pantai Kuta. |
|
Monumen pengeboman Bali di Legian. |
|
Pantai Kuta terkenal dengan 'surfing'. |
|
Gunung Batur, gunung berapi yang masih aktif. |
|
Gunung Batur dan Danau Batur. |
|
Cantik. Teres sawah padi. |
|
Pura di Tanah Lot |
|
Pura di Batu Lobang |
|
Upacara oleh penganut Hindu di Ulundanu, Danau beratan, Bedugul. |
|
Pura Ulundanu |
|
Pura di Taman Ayun |
|
Pintu masuk utama Pura Taman Ayun |
|
Haruman bunga segar di Taman Ayun. |
|
Pantai Laut Selatan hujung Uluwatu. |
|
Ombak menghempas tebing batu di Uluwatu. |
|
Pura Uluwatu. |
|
Di kedai bunga di Bedugul. |
|
Angkringan dan rekabentuk bangunan Bali. |
|
Pintu masuk kawasan rumah di Bali yang unik. |
|
Bangunan Pura. |
|
Pemandangan dari atas candi Borobudur. |
|
Puncak candi Borobudur. |
|
Candi Roro mendut di Magelang. |
|
Jalan masuk ke candi Prambanan, Jogjakarta. |
|
Kompleks candi Prambanan dari jauh. |
|
Pintu masuk ke Keraton Jogjakarta. |
|
Kawasan latihan berperang di hadapan pintu masuk keraton. |
|
Dalam kawasan Keraton Jogjakarta. |
|
Pintu gapura ke Kota Gede. |
|
Dalam kawasan Kota Gede. |
|
Masjid lama Kota Gede. |
|
Berjualan barangan cenderahati di Jln. Malioboro, Kota Jogjakarta. |
|
Banyak kereta kuda di Kota Jogjakarta. |
|
Becak di Kota Jogjakarta menunggu penumpang. |
|
Motosikal kenderaan utama di Jogjakarta. |
|
Gapuro masuk ke Tanah Tinggi Dieng Plateau, Wonosobo. |
|
Suria di ufuk timut Tanah Tinggi Dieng Plateau. |
|
Pagi di Tanah Tinggi Dieng Plateau. |
|
Ibu dan anak di Candi Gatotkaca, Dieng Plateau. |
|
Di belakang tu ialah perkampungan Dieng Plateau yang di selimuri kabus pagi. |
|
Pagi yang dingin di Dieng Plateau. |
|
Sebuah masjid dan Candi Arjuna di Dieng Plateau. |
|
Pagi yang berkabus di Dieng Plateau. |
|
Semburan asap sulphur di Kawah Sikidang, Dieng Plateau. |
|
Telaga Warna dimana warna airnya berubah kesan pemanasan sulphur. |
|
Kami naik keretapi dari Jogjakarta ke Solo. |
|
Nasi liwet makanan popular Solo. |
|
Pemandangan menarik deretan penarik becak di Kota Surakarta. |
|
Teres sawah padi, cantik... |
|
Masjid Ageng, Kota Surakarta. |
|
Memilih batik di Pasar Kelewer, Kota Surakarta. |
|
Keraton Surakarta. |
|
Kitorang di hadapan Keraton Surakarta. |
|
Diberi taklimat mengenai salasilah Kesultanan Surakarta. |
|
Cantik. Air keluar dari lubang di Air terjun Gerojokan Sewu di Tawangmangu. |
|
Air terjun menimpa batu-batu gunung berwarna hitam. |
|
Warung jual sate arnab di Gerojokan Sewu. |
|
Titi anyaman bambu di Gerojokan Sewu. |
|
Gapura di candi purba Candi Sukuh di Tawanmangu. |
|
Tempat pemujaan Candi Sukuh, Tawangmangu. |
|
Kawasan perkampungan di kaki gunung di Tawangmangu. |
|
Tiba di Kota Bandung dari Jogjakarta dengan keretapi. |
|
Angkutan kota di Kota Bandung. |
|
Penunjuk arah di Indonesia bersaiz kecil dan tinggi. |
|
Orang Malaysia ke Bandung mesti ke sini, Pasar Baru di Kota Bandung. |
|
Kedai fabrik di Pasar Baru. Cantik hiasan dalamannya. |
|
Rembang mata memilih kain bersulam. Murah dan berkualiti. |
|
Orang perempuan pantang jumpa kain... |
|
Dalam kompleks beli-belah Paris Van Java. |
|
Factory Outlet berjenama banyak dijual di Paris Van Java, Kota Bandung. |
|
Rumah beli-belah popular Kota Bandung, Rumah Mode. |
|
Pintu masuk yang cantik di Rumah Mode. Ramai orang berfoto di sini... |
|
Lokasi wajib berfoto apabila ke Kawah Ratu di Tangkuban Perahu, Bandung. |
|
Si ibu pun teringin berfoto berlatarkan Kawah Ratu. |
|
Kawah Ratu dengan asap belerang panas. |
|
Pelancong di Kawah Ratu, Tangkuban Perahu. |
|
Berjualan angklung di Tangkuban Perahu. |
|
Gunung Tangkuban Perahu, Bandung. |
|
Pancuran air panas di Ciater, Bandung. |
|
Air terjun yang hangat... |
|
Kolam cantik berair jernih tapi hangat... |
|
Cantik. Pintu masuk ke Restoran Kampung Daun, Bandung. |
|
Restoran ini berkonsepkan makan di pondok di kawasan rimbunan
dedaun dengan deruan air terjun. |
|
Suasana nyaman makan di pondok bambu di bawah pepohon menghijau... |
|
Pembayaran di buat dipondok kasir (cashier)... |
|
Makanan yang dipesan di hantar ke pondok makan. |
No comments:
Post a Comment