Aidilfitri adalah hari mengeratkan tali persaudaraan dan menyuburkan silaturrahim. Islam meletakkan nilai persaudaraan dan kasih sayang itu di tempat yang tinggi. Hubungan persaudraan yang baik adalah satu usaha untuk membentuk individu yang berkualiti. Ini boleh membawa kepada kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Aidilfitri memberi peluang yang luas ke arah pengukuhan perhubungan kekeluargaan dan persaudaraan melalui ucapan salam Aidilfitri, bermaafan dan peluk cium dalam keluarga.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaa', ayat 36 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya".
Pada pagi 1 Syawal kami berkumpul anak beranak. Semua ada dan masing-masing cuti panjang. 'Abang' cuti seminggu belajar menghabiskan masternya, kakak cuti sebulan belajar di Jogjakarta, Indonesia dan 'adik' cuti hujung semester selama sebulan. Dari petang hingga malam kami bersama-sama membuat persediaan masak juadah hari raya seperti ketupat, pulut kukus, rendang ayam dan rendang daging, kari daging, ayam masak korma, sambal kacang, lodeh dan sambal goreng. Masak sikit-sikit sahaja cukup untuk kami sekeluarga dan famili yang datang beraya ke rumah kami nanti. Setelah menikmati hidangan hari raya di pagi yang hening, masing-masing bersalaman dan bermaafan. Seterusnya kami bersama-sama bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Annur, masjid kampung kami.
Hari pertama ini kami yang lelaki akan join dengan ahli kariah kampung bermarhaban keliling kampung sehingga selesai. Hari raya kedua pula akan berziarah sanak-saudara di sekitar Johor, dan pada hari raya ketiga kami akan balik kampung di Bagan Serai, Perak beraya dengan emak dan kaum keluarga di sana.

No comments:
Post a Comment