Thursday, 24 September 2015

MENGHAYATI PERISTIWA KORBAN

Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.  

Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.  

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya.  

Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.  

Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata,"mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."  

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, "Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.  

Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, "Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".  

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, "Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.  

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.  

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah SWT.  

Seharusnya peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s ini diceritakan berulangkali agar ia tidak dilupakan, terutamanya oleh generasi muda. Berapa ramai agaknya anak muda di zaman ini yang sanggup berkorban merelakan diri disembelih oleh ayah sendiri?  

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walapun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.  

Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.  

Ibadat haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia contohnya, apabila seorang suami berpenat lelah mencari rezeki dan mendidik keluarganya serta pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anak.  

Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.  

Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.  

Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat. Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah yakni, bagi mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan dengan tujuan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.  

Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan. Memetik kata-kata seorang cendekiawan, "Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".


Sumber:  IKIM

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Friday, 17 July 2015

Thursday, 18 June 2015

RAMADHAN YANG DINANTI KINI TIBA - SELAMAT BERPUASA

Hari ini Khamis 18 Jun 2015 atau 1 Ramadhan adalah hari pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Selamat mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Kepada putera dan puteri kami, beribadahlah di bulan Ramadhan ini walau berada di perantauan. 

1. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa." (QS Al-Baqarah:183 ).

2. "Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " (Al-Baqarah:185).

3. "Telah bersabda Rasulullah saw.: Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad ituadalah utusan Allah. Mendirikan shalat mengeluarkan zakat puasa di bulan Ramadhan menunaikan haji ke Ka'bah. (HR.Bukhari Muslim).

4. "Diriwayatkan dari Thalhah bin 'Ubaidillah ra.: bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw.: ia berkata: Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda: puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi: Adakah puasa lain yang diwajibkan atas diriku?. Beliau bersabda: tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah."

Dari ayat-ayat dan hadits-hadits di atas, kita dapat mengambil pelajaran:
1. Puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain (dalil 1, 2, 3 dan 4).
2. Puasa Ramadhan disyari'atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan (dalil 1).

Sunday, 7 June 2015

JALAN-JALAN KE PERLIS - NEGERI KECIL TAPI MENARIK

Pada awal Jun lalu kami merayau ke Perlis negeri di utara Semenanjung Malaysia. Sebenarnya kami nak pergi makan kenduri bapa saudara di Pulau Pinang. Namun oleh kerana putera kami Fakhrul Razin b Hasan yang berada di Perlis, jadi kami jenjalan di Perlis. Fakhrul Razin buat ketika ini menjadi pensyarah di UiTM Perlis dan menyewa rumah di Arau.

Perlis negeri kecil tapi cantik. Yang menarik hati kami ialah sawah padinya yang terbentang luas, bukit batu kapur, dan mangga harumanis. Pada masa kami ke sana, musim harummanis dah sampai ke penghujung. Dapatlah juga merasa, memang sedap.

Jika ke Perlis memang tak sah kalu tak pi Padang Besar. Bukan nak shopping, tapi nak menikmati makanan ala Thai... Melayu Tahailand. Hari itu kami menikmati laksa lemak, sup Thai dan ice-cream nyior. Memang sedap. Di Kuala Perlis kami menikmati nasi daging batang pinang bakar. Pun sedap. Yang paling unik apabila kami bersarapan di Nasi Kandar Pokok Petai di Mata Ayer. Rumah makan ini seratus peratus perabotnya dibuat daripada kayu balak. Cantik sekali.

Walaupun dah beberapa kali melawat Gua Kelam, kali ini kami melawat lagi. Terfikir dan kagum kami bagaimana pelombong-pelombong zaman dulu melombong dalam tanah di bawah bukit tanpa peralatan yang canggih dan berkeadaan gelap. Sekarang ini walaupun ada lampu elektrik, keadaannya masig gelap. Betapa nekadnya pelombong-pelombong itu. 

Kami pergi juga ke ladang mangga harumanis. Musim dah hujung-hujung begini tak dapatlah buah yang betul-betul baik punya. Harganya yang tinggi memnjadikan kami tak beli, sementelah pula Fakhrul Razin dah beli dan disimpan harumanis dalam peti sejuk di rumahnya. Singgah di rumah seorang kawan Azhar Ariffin yang tinggal di Mata Ayer, kami dijamu mangga harumanis yang dibawa oleh seorang kawan lagi iaitu Mahzan, seorang pensyarah di IPG Kangar.

Yang menarik jenjalan kami itu ialah apabila melawat Muzium Kota Kayang. Landskap muzium itu di kelilingi oleh bukit dan batu-batu bukit. Ternyata asli dan cantik.

Secara kebetulan semasa kami ke sana adalah sambutan hari keputeraan Raja Perlis. Istana Arau dibuka kepada rakyat Perlis dan orang ramai selepas waktu solat Isyak. Bergemerlapan lampu warna-warni di kawasan Istana Arau.
























Saturday, 23 May 2015

MELIHAT SENI BINA PURBA ORANG JAWA DI JOGJAKARTA

Dengan kesempatan yang ada semasa di Yogyakarta, kami melawat beberapa peninggalan seni bina purba hasil tangan orang-orang Jawa zaman dulu. Tinggalan-tinggalan itu terdiri daripada candi-candi dan keraton-keraton raja dulu-dulu. Usianya pun dah beribu tahun agaknya. Saya rasa hairan bagaimana orang-orang dulu dapat membina binaan-binaan tersebut. Selain binaan-binaan itu besar dan tinggi, di batu-batu binaan ada ukiran-ukiran yang cantik dan berseni. Tertanya-tanya juga kami, di zaman itu apakah peralatan yang mereka gunakan untuk membinanya.

Candi-candi seperti candi Plaosan, candi Prambanan, candi Sewu, candi Ijo dan keraton Ratu Boko sempat saya lawati. Ini adalah kali kedua saya melawat candi Prambanan. Candi Borobudur yang popular itu telah saya lawati pada tahun 2011.
Kami ambil pernyataan mengenai seni bina purba yang sebahagian besarnya adalah candi di Yogyakarta daripada sebuah blog;
Yogyakarta - Sudah menjadi rahasia umum, kalau Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta punya banyak candi. Tidak hanya sejarahnya bentuk arsitektur candi-candi tersebut sangat memesona. Inilah 7 candi dengan panorama tercantik di Yoyakarta.

Keberadaan sebuah candi tidak cukup hanya dengan cerita sejarahnya. Keajaiban bentuk sebuah candi yang tersusun dari batu-batu alam membuat situs ini sangat menarik. Tak pernah terbayangkan bagaimana orang-orang zaman dahulu membuat bangunan-bangunan cantik ini dengan peralatan seadanya. Padahal bahan dasar pembuatannya menggunakan batu-batu alam yang sangat berat.



















Tuesday, 19 May 2015

TAHNIAH KAKAK NUR IZYANI NADHIRAH

Hari ini Selasa 19 Mei 2015 berlangsungnya hari wisuda (hari konvokesyen) bagi kakak. Setelah hampir tiga tahun setengah kuliah di Fakulti Kedoktoran Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia, hari ini tentunya saat yang menggembirakan bagi kakak apabila naik ke pentas menerima ijazahnya daripada rektor UGM. Selepas ini iaitu pada awal bulan Jun, kakak akan mengikuti praktek koas (pembantu doktor atau doktor pelatih) selama dua tahun, juga di negara seberang itu. Selepas itu, wisuda sekali lagi di peringkat fakulti pengesahan sebagai doktor profesional.

Kami suami isteri berada di Jogjakarta selama 5 hari. Kami terbang dengan Air Asia melalui Senai Airport dan mendarat di Bandara Adisutjipto, Jogjakarta pada Isnin 18 Mei 2015, setelah diberi keizinan cuti rehat khas oleh Puan Pengetuaku. Si ibu tidak ada masalah mengenai cuti kerana dia seorang pengetua yang mempunyai cuti tahunan. Walaupun kami telah berkali-kali pergi ke Jogjakarta, tetapi kehadiran kami di sisi puteri kami pada kali ini amat besar ertinya kepada puteriku itu. Maklumlah hari bersejarah buat dirinya.

Tahniah buat kakak Nur Izyani Nadhirah binti Hasan. Inilah saat yang membahagiakan 'kakak' setelah pergi mencari ilmu dalam bidang kedoktoran di negara orang. Itulah bidang yang amat dicita-citakan sewaktu dia mula mengenal alam persekolahan. Sememangkan 'kakak' berhak bergembira di waktu ini. Ucapkanlah syukur dan alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas kejayaan ini.

Tahniah puteri kami Nur Izyani Nadhirah binti Hasan...