Thursday, 12 November 2009
WAK DOL KADIR MASUK TV3 KERANA LALAT
Wak Dol Kadir masuk TV3 kerana lalat. Berita ini benar-benar berita. Ia disiarkan semasa Buletin Utama TV3 pukul 8.00 malam hari ini 12 Nov. 2009. Beritanya mengenai lalat yang terlalu banyak di kampung kami khususnya di rumah Wak Dol Kadir. Rumah Wak Dol Kadir ni bersempadan dengan reban ayam. Dalam berita tu kelihatan rumah Wak Dol Kadir, lalat di rumah Wak Dol Kadir dan reban ayam yang menjadi punca ketidakselesaan kami. Sebenarnya cerita mengenai lalat yang berpunca dari reban ayam di kampung kami telah lama berlaku. Orang lain kaya raya kami yang menerima padahnya. Lalat-lalat itu dah tak mengira waktu. Pukul 2 pagi pun masih berterbangan di rumah kami asalkan ada cahaya. Terima kasih kepada TV3 atas pendedahan ini.
Wednesday, 11 November 2009
KAMPUNG KAMI DAPAT BANGUNAN SEKOLAH AGAMA
Tuesday, 10 November 2009
AMALAN MEMBACA AL-QURAN
Mereka yang mempelajari al-Quran, beristiqamah dalam membacanya dan beramal dengan isi kandungannya telah diumpamakan oleh Rasulullah saw dengan bekas minyak wangi yang dipenuhi dengan kasturi dan baunya yang harum dapat dihidu di setiap tempat. Semua orang suka kepada sesuatu yang wangi dan harum dan itulah fitrah manusia. Sesiapa yang membaca al-Quran akan sampailah keberkatannya itu ke rumahnya dan kepada para pendengar, lalu ketenangan dan pahala itu akan dapat diperoleh sejauh sampainya suara bacaannya itu, seperti bekas minyak wangi yang dipenuhi dengan kasturi, apabila dibuka penutupnya nescaya wangiannya itu akan sampai ke segenap tempat di sekitarnya.
"Belajarlah al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan al-Quran bagi orang yang mahu belajar, membaca dan melaksanakannya adalah seperti satu bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. Dan perumpamaan orang yang mahu mempelajarinya dan ia lupa (mengamalkannya), maka di hatinya seperti ada satu bekas wangian kasturi yang masih tertutup." (Riwayat al-Tirmizi)
Petua seronok membaca al-Quran:
- Mulakan dengan ta'awuz dan bismillah.
- Baca al-Fatihah sekali sebelum membaca apa-apa surah pun.
- Sekali-sekala jenguklah terjemahan al-Quran bagi memahami maksud ayat-ayat yang tidak difahami.
- Sediakan satu rekod yang mencatatkan jumlah ayat atau muka surat yang dibaca setiap hari.
- Hafal beberapa ayat daripada al-Quran untuk dibaca dalam solat.
- Ulangi ayat yang dirasa memberi kesan di hati sebanyak 3 kali.
- Dengarlah dan hayati bacaan al-Quran dari qari-qari semasa memandu, memasak, sebelum tidur dan sebagainya.
- Jadikan bacaan al-Quran sebagai penawar keresahan hati dan sumber ketenangan.
- Setiap kali berdepan dengan masalah, berwuduklah, buka al-Quran, baca isi kandungan dan terjemahannya. Dengan izin Allah jawapan kepada masalah kadang-kadang ditemui dalam al-Quran.
Sunday, 8 November 2009
PIALA MALAYSIA 2009 - NEGERI SEMBILAN JUARA
Negeri Sembilan di nobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2009. Pasukan negeri itu berjaya membenamkan Kelantan 3-1. Sekali lagi saya ulangi 3-1. Gol-gol negeri Sembilan dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah, Hairudin Omar dan Zaquan Adha Abdul Razak. Manakala Indra Putra Mahayuddin dapatkan satu jaringan untuk Kelantan. Perlawanan akhir Piala Malaysia itu di adakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 September 2009 dengan ditonton seramai 80,000 penonton yang dua
pertiga daripadanya adalah penyokong Kelantan.
Pemain negeri Sembilan Shukor Adan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu. Piala disampaikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. TV1 menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung.
Pada pengamatan saya, permainan tidak menarik. Seperti biasalah permainan bola sepak di Malaysia. Hantaran bola kurang tepat, pemain kurang mahir mengawal bola, lemah gerakan-gerakan menyerang (berterabur), pemain tidak cukup bertenaga dan tegar (dibentes
sikit dah jatuh tergolek) dan beberapa posisi lemah (terutamanya pasukan Kelantan). Memang bola sepak di Malaysia membosankan (mungkin kita telah dibiasakan menyaksikan aksi-aksi EPL sebagai contohnya).
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan dan semua penyokongnya.
Friday, 23 October 2009
FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - PERKEMBANGAN ROCKMELON HARI KE-40
Hari ini dah masuk hari ke-40 tanaman rockmelon kami. Buah-buah rockmelon dah mula membesar. Kerja-kerja membungkus buah giat dilakukan. Sulur-sulur dan buah-buah yang dibuang dikumpulkan dan dibuang jauh-jauh. Kawasan kebun mesti bersih. Seorang kawan berbangsa Cina (tauke nurseri) datang bersama kawannya (tauke ternak ayam) datang melawat dan tengok-tengok kebun fertigasi rockmelon kami. Macam-macam yang ditanyakan mereka berdua. Selain itu, mereka berdua memberi pendapat dan saranan untuk menambah baik tanaman rockmelon kami. Kira oklah tu....
KONVOKESYEN UiTM KE-71 2009 - RAZIN MENERIMA DIPLOMA
Pada 22 Oktober 2009 kitorang pergi UiTM Shah Alam untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke -71. Kitorang bertolak pada pukul 6.00 pagi selepas menghantar Adik ke sekolah. Razin (Abang) menerima diplomanya. Dia tak ada masalah sebab dah biasa keluar masuk kampus UiTM Shah Alam. Sekarang dia melanjutkan pengajian peringkat ijazah di sana. Istiadat Konvokesyen Sidang Ke 12 itu bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kami duduk di khemah di luar dewan. Tengok di skrin besar. Lepas ambil gambar kami minum petang di warung. Dalam pukul 7.30 malam selepas hantar Abang balik ke kondonya kitorang pergi pula jenguk Kakak di KTT Sepang. Bawa dia makan tomyam di luar kolej. Selepas makan malam, kitorang bertolak balik ke Pontian. Badan letih mata pun mengantuk. Singgah beberapa kali di R&R minum kopi panas dan berehat. Sampai di rumah pukul 3.00 pagi.
Monday, 19 October 2009
FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - PERKEMBANGAN ROCKMELON HARI KE 36
Hari ini 19 Oktober 2009 tanaman rockmelon kami berusia 36 hari. Buah-buah dah mula membesar. Sulur ketiak yang buahnya tidak dikehendaki dicantas dan dibuang. Dalam masa dua hari ini kami tiga beranak membuat kerja-kerja mencantas, membersih dan membungkus.
Pokok rockmelon berusia 36 hari. Sulur-sulur dicantas.
MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI KAMPUNG PARIT RAMBAI, PONTIAN, JOHOR
Pada hari Sabtu 17 Oktober 2009, kampung kami telah mengadakan Majlis Silaturrahim Aidilfitri. Majlis diadakan di pekarangan Balairaya dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Ramai penduduk kampung yang hadir. Yang tua, yang muda, kanak-kanak, lelaki, perempuan turut hadir. Penuh sesak kawasan Balairaya dengan kehadiran jemputan. Persediaan telah dibuat seminggu sebelum itu. Banyak juadah yang disediakan. Ada ketupat, lemang, rendang dan lain-lain. Air pun ada bermacam jenis. Meriah sungguh. Terima kasih kepada AJK pengelola yang bertungkus lumus merancang dan mengelolakan majlis.
Kanak-kanak berbaris untuk menerima duit raya.
Ketua Kampung Tn. Hj. Mohd Talib Bin Salamon dan En. kassim Bin Rajiman
membahagikan duit raya kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak riang gembira menerima duit raya.
Persembahan nasyid oleh anak-anak sekolah.
Selain beramah mesra para jemputan dapat bunga telur dalam beg yang cantik.
Masing-masing sedang membuat pilihan juadah yang membuka selera.
Kaum bapa sedang menikmati jamuan.
Tuesday, 6 October 2009
FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - LAWATAN PEGAWAI FAMA DAN MARDI
Hari ini 6 Okt. 2009 projek fertigasi rockmelon kami dilawati oleh pegawai-pegawai dari MARDI Kluang dan FAMA Pontian. Mereka ialah En. Azmi B. Abdullah dari FAMA dan En. Azman B. Jalaludin dari MARDI. Tujuan lawatan mereka adalah untuk melihat projek fertigasi kami khususnya untuk mengenal pasti penyakit-penyakit yang biasa menyerang pokok rockmelon. En. Azman B. Jalaludin menyimpulkan bahawa pokok rockmelon yang kami tanam diserang virus. Beliau memberi beberapa saranan dan nasihat untuk membaik pulih dan mengelakkan serangan penyakit dan virus tersebut.
Sunday, 4 October 2009
FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - PERKEMBANGAN TANAMAN ROCKMELON HARI KE 21
Hari ini Ahad, 4 Oktober 2009. Projek fertigasi tanam buah rockmelon kami dah masuk hari ke 21. Bunga jantan dah mula keluar. Pokok semakin tinggi. Pembesaran pokok ada yang tidak sama. Ada beberapa pokok yang diserang penyakit seperti: urat pada daun timbul, daun melecuh, daun kerinting, dan daun kering tidak mengembang. Kebanyakannya penyakit pada daun. Sulur-sulur muda pada tingkat 1 hingga 6 dah dibuang.
Pokok rockmelon tumbnuh dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)



