Saturday, 26 September 2009

FERTIGASI FAMILIKU 3/09 - PERKEMBANGAN TANAMAN BUAH ROCKMELON HARI KE 14

Projek tanaman buah rockmelon kami telah masuk hari ke 14. Foto-foto ini adalah pokok rockmelon berusia 14 hari. Pokok dah mula meninggi dan dililit pada tali lanjaran.






Anak pokok rockmelon pada hari ke 14.


KUNJUNG MENGUNJUNG DI HARI RAYA


Di Hari Raya Aidilfitri ini ada pelajar-pelajar yang datang beraya ke rumah kami. Bermacam ragam dan bermacam gaya. Selamat Hari raya Aidilfitri.











Sunday, 20 September 2009

BARAAN (MARHABBAN) DI KAMPUNG KAMI


Yang seronok apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung kami ialah baraan atau marhabban dari rumah-ke rumah. Biasanya baraan ini dianjurkan oleh belia-belia kampung dengan disertai kanak-kanak dan orang-orang tua. Pada tahun ini baraan dijalankan selepas solat sunat aidilfitri. Ikut perancangan semua rumah di Kampung Parit Rambai Hilir ini akan dikunjungi. Baraan ini mengambil masa selama dua hari.













SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KELUARGAKU

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Keluarga kami.
-------------------------------



Ayah: Hasan Bin Kasmuri

Di Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada hari ini ayah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada oghang ghumah ayah dan emak korang (Lili Maznah Binti Tajul Ariffin), dan anak-anak ayah iaitu abang (Fakhrul Razin), kakak (Nur Izyani Nadhirah), adik (Fakhrul Syahmi Azri). Ayah maafkan korang. Diharap selepas ini elakkan buat apa-apa yang mengguris hati ayah. Ayah pun minta maaf kepada korang jika ada kesalahan ayah kepada korang. Semoga anak-anak ayah menjadi anak yang soleh, dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

-------------------------------
Emak: Lili Maznah Binti Tajul Ariffin

Di AIDILFITRI yang mulia ini,mak memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan mak sebagai isteri kepada suami tercinta(En.Hasan bin Kasmuri),dan anak-anak tersayang(abang,kakak dan adik).Mak memaafkan segala kesalahan kalian dan menghalalkan segala-galanya.Mudah-mudahan hidup kita sentiasa di berkati dan di rahmati Allah.Mak sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga kita.Semoga anak-anak berjaya dalam hidup dan tidak melupakan kedua orang tua.Amin.
-----------------------------



Kakak: Nur Izyani Nadhirah Binti Hasan

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini......akak ingin mengambil kesempatan utk meminta ampun dan maaf atas segala kesilapan masa lalu............halalkan makan minum.......moga kehidupan selepas ini lebih baik daripada masa lalu.....dan doakan akak dpt fly ke India...hehehe .

------------------------------


Abang: Fakhrul Razin Bin Hasan

--------------------------------


Adik: Fakhrul Syahmi Azri Bin Hasan


Thursday, 17 September 2009

TOYOTA INNOVA VS PROTON EXORA


MPV, sebuah kenderaan pelbagai guna. Banyak MPV bergerak di jalan raya Malaysia. Mempunyai sebuah MPV adalah trend masa kini. Daripada beberapa jenama import hinggalah jenama tempatan. Daripada yang tak mampu dibeli hinggalah yang mampu dibeli. Angin perubahan cita rasa pengguna terhadap MPV melanda Malaysia sejak 10 tahun kebelakangan ini. Trend tersebut dirancakkan lagi dengan keterlibatan Proton mengeluarkan MPV yang bernama Exora setelah gagal dengan Juara.

Sebagai seorang pengguna saya juga menginginkan sebuah MPV untuk mengangkut keluarga ke mana-mana terutamanya apabila balik kampung di Bagan Serai, Perak. Pilihan saya adalah sebuah MPV yang yang dipandang cantik dari depan, tepi dan belakang, rekabentuknya futuristik, harganya mampu dibeli tanpa terbeban dengan bayaran ansuran bulanan, boleh memuatkan banyak penumpang tetapi selesa, berkuasa, jimat petrol, tidak banyak karenah, berkualiti baik, berdekatan kemudahan pusat servis, dan saya suka serta puas hati memilikinya.

Sebelum ini MPV berharga mahal. Hanya orang yang berduit banyak yang mampu memilikinya. Kita yang biasa-biasa ni hanya dapat melihatnya sahaja. Kemunculan MPV mampu milik harga di bawah RM100,000.00 seperti Naza Ria dan Toyota Avanza menyumbang kepada kerancakan trend MPV.

Komen saya mengenai beberapa MPV biasa:

Naza Ria - Terlalu besar dan berat, 2500cc, road tax mahal, kuat sedut petrol, alat ganti mahal, pusat servis jauh, second value merudum, dan hanya 7 tempat duduk (tak padan dengan body yang besar).

Toyota Avanza - Cantik tetapi kecil, tempat duduk baris ketiga sempit, 1300cc, under power, aircond tak sejuk, tapi second value ok.



Naza Citra - Rekabentuk tak cantik, tempat duduk baris ketiga terlalu sempit, tempat barang lagi... sempit, 7 penumpang sahaja, kuat minum petrol, pusat servis jauh, dan second value merudum.




Nissan Grand Livina - Rekabentuk ok, penggunaan petrol ok, dalamannya ok, tapi saya tak beli sebab ia lambat dipasarkan di Malaysia.



Naza Citra Rondo - (Rondo dalam bahasa Jawa ertinya adalah janda. Saya rasa orang perempuan tak beli MPV ini). Dahlah tak cantik, pendek pulak tu.





TOYOTA INNOVA VS PROTON EXORA


Proton Exora

Keluaran tempatan oleh Proton. Kira oklah tu. Makin dipandang bertambah cantik. Cuma 1600cc. Ada 7 tempat duduk. Walaupun besar tapi tempat duduk baris ketiga sempit dan tak selesa, tempat barang lagilah... sempit. Macam mana nak bawa barang balik kampung? Dah lah tu... lambat pulak dilancarkan oleh Proton.
Daripada segi luarannya, Exora nampak rendah. Jadi ia lebih stabil dan senyap. Ia cantik dilihat dari hadapan. Dari kejauhan Exora kelihatan menjunam ke hadapan. Nampak macam jet. Dari arah tepi kelihatan kosong. Macam dinding kosong. Tidak maskulin. Dipandang dari belakang pula kelihatan cantik tapi macam tidak bersatu dengan body (macam punggung itik serati).


Bahagian dalamnya kalau ikut dakwaan Proton besar dan selesa. Tapi itu jika semua tempat duduk belakang direbahkan. Kita bukan nak bawa barang banyak-banyak. Yang penting orang-orang di belakang pemandu dapat duduk lebih selesa. Ruang tempat duduk baris ketiga terlalu sempit tak selesa. Tempat barang di belakang sekali lagi sempit. Macam mana nak bawa beg balik kampung? Warna bahagian dalamnya pula gelap. Warna gelap ni menjadikan ruang besar kelihatan sempit. Rasa macam panasss... Dashboardnya tak cantik. Macam benda ditampal-tampal lalu dijual.


Enjinnya pula hanya 1600cc. Memanglah MPV masih boleh berjalan, tapi tak syoklah. Enjin kecik. Ada orang kata, Malaysia tak sebesar mana, mengapa perlu berenjin besar. Itu dia orang kata.

Untuk keselesaan memecut dengan 7 orang di dalamnya lebih baiklah enjinnya besar sikitttt.... sebab itu saya beli Toyota Innova.





Toyota Innova


Memang betul apa yang dikata oleh penulis ini tentang Innova di Berita Harian, Jumaat 30 Oktober 2009.

Kekuatan Innova ialah pada keluasannya. Senang-senang ia boleh memuatkan 8 orang dewasa. Tempat barang di belakang baris ketiga juga besar cukup memuatkan beg-beg lima beranak. Bahagian dalam dan dashboard cantik. Warna beige menjadikan ia nampak luas. Ia stabil di jalan lurus. Cukup berkuasa bagi pecutan terutamanya semasa memotong kenderaan lain walaupun ia dibina bukan untuk kuasa pecutan yang tinggi. Tempat duduk yang tinggi tetapi empok membolehkan pemandu melihat lebih luas di hadapan.
Daripada pengalaman saya yang telah memandu Innova ini selama hampir 4 tahun, memang ia seronok dipandu. Dari selatan ke utara, dari utara ke pantai timur dan dari pantai timur ke selatan, ia memang seronok dipandu terutamanya jika ada bebenan di dalamnya. Makin berat semakin sedap dipandu. Innova saya ialah versi E Auto. Jika di lebuhraya, penggunaan bahanapi dalam 20 sen sekilometer dan lebih kurang 23 sen sekilometer dibandar. Pada saya itu dah kira oklah kerana ia adalah 2000cc.
Yang tidak memuaskan hati saya ialah: Pertama lantainya terlalu tinggi macam kenderaan offroad nak masuk hutan (saya pernah rendahkannya dengan menukar spring asal kepada sport spring tetapi terlalu keras sehingga penumpang tidak selesa), yang kedua ialah di bahagian bawah bumper belakang terlalu kosong sehingga nampak jaluran paip ekzos (saya terpaksa mengeluarkan duit tambahan untuk memasang skirting bagi mengurangkan lompong-lompong tersebut), dan yang ketiga ialah apabila mula start enjin bunyinya mengaum macam bunyi lori balak. Setakat hari ini saya puas hati dengan Innova saya. Berbaloi. Cayalah!!!!



Wednesday, 2 September 2009

PENGHADANG ANGIN KENCANG DARIPADA PELEPAH KELAPA


Usaha manusia. Inilah usaha manusia untuk menghalang tiupan angin kencang dari arah laut di musim tengkujuh. Mereka susun dan dirikan barisan pelepah daun kelapa di hadapan/tepi rumah untuk menghalang tiupan angin kencang. Foto ini diambil di sebuah kampung di daerah Marang, Terengganu.




Tuesday, 1 September 2009

RAMADHAN DI KAMPUNGKU


Ramadhan di kampungku samalah seperti di tempat-tempat lain di Malaysia. Di siang hari masyarakatnya terus bekerja seperti biasa mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Ada kalanya terdengar bunyi meriam dan mercun. Kerja budak-budak....

Di malam hari, seperti biasa pada awal-awal Ramadhan ini ramailah jemaah bersolat tarawih. Meriah suasana di masjid. Rasa-rasanya masjid jadi terang benderang. Ramai jemaah yang hadir bersolat tarawih. Lelaki dan perempuan. Anak-anak pun ramai yang hadir. Solat tarawih diimamkan olah Tn. Hj. Mohd. Sapii Bin Kadar. Kadang-kadang Tn. Hj. Hanafi Bin Sahed jadi imam jika ketiadaan Tn. Hj. Mohd. Sapii. Bilalnya ialah En. Ahmad Bin Ithnin (Wak Amat). Selepas solat tarawih diadakan pula tadarus al-Quran. Tadarus dibuat berpasang-pasangan. Seorang baca ayat-ayat al-Quran dan seorang lagi menyemak bacaan rakannya. Selepas itu dia orang makan-makan dan minum sambil berbual-bual di serambi masjid. Orang kampung kami biasanya pakat-pakat mengikut giliran membawa sedikit penganan ke masjid. Selepas solat tarawih, anak-anak remaja menghidangkan dan menyusun penganan tersebut ....kemudian pakat makan ramai-ramai.

Di bulan Ramadhan ini wujud gerai jual kuih-muih di kampung kami. Satu di Parit Rambai Hilir dan beberapa gerai di Parit Rambai Ulu. Kira-kira bazaar Ramadhan jugalah tu... Adalah pilihan bagi penduduk kampung untuk memenuhkan meja makan semasa berbuka.... Oleh kerana kampung ini tidaklah jauh sangat dari bandar Pontian, maka ada di kalangan penduduk kampung yang membeli juadah buka puasa di bazaar Ramadhan di bandar Pontian. Pilihan lebih banyak dan lebih meriah.

SELAMAT BERPUASA.