Thursday, 17 September 2009

TOYOTA INNOVA VS PROTON EXORA


MPV, sebuah kenderaan pelbagai guna. Banyak MPV bergerak di jalan raya Malaysia. Mempunyai sebuah MPV adalah trend masa kini. Daripada beberapa jenama import hinggalah jenama tempatan. Daripada yang tak mampu dibeli hinggalah yang mampu dibeli. Angin perubahan cita rasa pengguna terhadap MPV melanda Malaysia sejak 10 tahun kebelakangan ini. Trend tersebut dirancakkan lagi dengan keterlibatan Proton mengeluarkan MPV yang bernama Exora setelah gagal dengan Juara.

Sebagai seorang pengguna saya juga menginginkan sebuah MPV untuk mengangkut keluarga ke mana-mana terutamanya apabila balik kampung di Bagan Serai, Perak. Pilihan saya adalah sebuah MPV yang yang dipandang cantik dari depan, tepi dan belakang, rekabentuknya futuristik, harganya mampu dibeli tanpa terbeban dengan bayaran ansuran bulanan, boleh memuatkan banyak penumpang tetapi selesa, berkuasa, jimat petrol, tidak banyak karenah, berkualiti baik, berdekatan kemudahan pusat servis, dan saya suka serta puas hati memilikinya.

Sebelum ini MPV berharga mahal. Hanya orang yang berduit banyak yang mampu memilikinya. Kita yang biasa-biasa ni hanya dapat melihatnya sahaja. Kemunculan MPV mampu milik harga di bawah RM100,000.00 seperti Naza Ria dan Toyota Avanza menyumbang kepada kerancakan trend MPV.

Komen saya mengenai beberapa MPV biasa:

Naza Ria - Terlalu besar dan berat, 2500cc, road tax mahal, kuat sedut petrol, alat ganti mahal, pusat servis jauh, second value merudum, dan hanya 7 tempat duduk (tak padan dengan body yang besar).

Toyota Avanza - Cantik tetapi kecil, tempat duduk baris ketiga sempit, 1300cc, under power, aircond tak sejuk, tapi second value ok.



Naza Citra - Rekabentuk tak cantik, tempat duduk baris ketiga terlalu sempit, tempat barang lagi... sempit, 7 penumpang sahaja, kuat minum petrol, pusat servis jauh, dan second value merudum.




Nissan Grand Livina - Rekabentuk ok, penggunaan petrol ok, dalamannya ok, tapi saya tak beli sebab ia lambat dipasarkan di Malaysia.



Naza Citra Rondo - (Rondo dalam bahasa Jawa ertinya adalah janda. Saya rasa orang perempuan tak beli MPV ini). Dahlah tak cantik, pendek pulak tu.





TOYOTA INNOVA VS PROTON EXORA


Proton Exora

Keluaran tempatan oleh Proton. Kira oklah tu. Makin dipandang bertambah cantik. Cuma 1600cc. Ada 7 tempat duduk. Walaupun besar tapi tempat duduk baris ketiga sempit dan tak selesa, tempat barang lagilah... sempit. Macam mana nak bawa barang balik kampung? Dah lah tu... lambat pulak dilancarkan oleh Proton.
Daripada segi luarannya, Exora nampak rendah. Jadi ia lebih stabil dan senyap. Ia cantik dilihat dari hadapan. Dari kejauhan Exora kelihatan menjunam ke hadapan. Nampak macam jet. Dari arah tepi kelihatan kosong. Macam dinding kosong. Tidak maskulin. Dipandang dari belakang pula kelihatan cantik tapi macam tidak bersatu dengan body (macam punggung itik serati).


Bahagian dalamnya kalau ikut dakwaan Proton besar dan selesa. Tapi itu jika semua tempat duduk belakang direbahkan. Kita bukan nak bawa barang banyak-banyak. Yang penting orang-orang di belakang pemandu dapat duduk lebih selesa. Ruang tempat duduk baris ketiga terlalu sempit tak selesa. Tempat barang di belakang sekali lagi sempit. Macam mana nak bawa beg balik kampung? Warna bahagian dalamnya pula gelap. Warna gelap ni menjadikan ruang besar kelihatan sempit. Rasa macam panasss... Dashboardnya tak cantik. Macam benda ditampal-tampal lalu dijual.


Enjinnya pula hanya 1600cc. Memanglah MPV masih boleh berjalan, tapi tak syoklah. Enjin kecik. Ada orang kata, Malaysia tak sebesar mana, mengapa perlu berenjin besar. Itu dia orang kata.

Untuk keselesaan memecut dengan 7 orang di dalamnya lebih baiklah enjinnya besar sikitttt.... sebab itu saya beli Toyota Innova.





Toyota Innova


Memang betul apa yang dikata oleh penulis ini tentang Innova di Berita Harian, Jumaat 30 Oktober 2009.

Kekuatan Innova ialah pada keluasannya. Senang-senang ia boleh memuatkan 8 orang dewasa. Tempat barang di belakang baris ketiga juga besar cukup memuatkan beg-beg lima beranak. Bahagian dalam dan dashboard cantik. Warna beige menjadikan ia nampak luas. Ia stabil di jalan lurus. Cukup berkuasa bagi pecutan terutamanya semasa memotong kenderaan lain walaupun ia dibina bukan untuk kuasa pecutan yang tinggi. Tempat duduk yang tinggi tetapi empok membolehkan pemandu melihat lebih luas di hadapan.
Daripada pengalaman saya yang telah memandu Innova ini selama hampir 4 tahun, memang ia seronok dipandu. Dari selatan ke utara, dari utara ke pantai timur dan dari pantai timur ke selatan, ia memang seronok dipandu terutamanya jika ada bebenan di dalamnya. Makin berat semakin sedap dipandu. Innova saya ialah versi E Auto. Jika di lebuhraya, penggunaan bahanapi dalam 20 sen sekilometer dan lebih kurang 23 sen sekilometer dibandar. Pada saya itu dah kira oklah kerana ia adalah 2000cc.
Yang tidak memuaskan hati saya ialah: Pertama lantainya terlalu tinggi macam kenderaan offroad nak masuk hutan (saya pernah rendahkannya dengan menukar spring asal kepada sport spring tetapi terlalu keras sehingga penumpang tidak selesa), yang kedua ialah di bahagian bawah bumper belakang terlalu kosong sehingga nampak jaluran paip ekzos (saya terpaksa mengeluarkan duit tambahan untuk memasang skirting bagi mengurangkan lompong-lompong tersebut), dan yang ketiga ialah apabila mula start enjin bunyinya mengaum macam bunyi lori balak. Setakat hari ini saya puas hati dengan Innova saya. Berbaloi. Cayalah!!!!



43 comments:

  1. KOMEN TUAN AGAK MENARIK, BERDASARKAN PERSEPSI PERIBADI....SAYA PULA MEMILIKI RONDO, RUPA MEMANG TAK CANTIK TAPI PANDU SEPERTI KERETA. BENARLAH SEPERTI PROMOSINYA.....PEMANDUAN MPV DALAM PENGALAMAN SUV. EMPAT TAHUN SAYA PANDU RONDO SETAKAT INI OK, TIADA MASALAH. MINYAK ISI PENUH (RM90.00) BOLEH TIBA IPOH (SAYA PERNAH CUBA DENGAN PANDU BAWAH 110 KM/J. CUMA SPARE PART AGAK MAHAL KALAU COMPARE DENGAN KERETA PROTON. NAMUN SAYA KINI DALAM PERTIMBANGAN UNTUK TUKAR SAMA ADA INNOVA (BARU) ATAU CRV (2ND MODEL 2008). SEBAB TUKAR, KERANA RONDO AGAK RENDAH SAYA SUKA KERETA TINGGI. APA KOMEN TUAN?

    ReplyDelete
  2. Saya pengguna Exora sudah 3 tahun beli tahun 2010, memang best pandu exora walaupun enjin 1600 tapi enjin dia adalah bersesuaian dengan bodynya, tidaklah under power sangat, cuma gerak dari statik lambat sikit tapi bila dah berjalan semuanya ok je, minyak agak menjimatkan dalam 16 sen sekilometer. Penyaman udara depan tengah dan belakang semua kena, nyaman sekali.

    ReplyDelete
  3. sya pengguna Exora suda tiga tahun juga(enjin ada masaala suda)....
    kelemahan paip minyak pandai pecah lambat naik bukit pikap lambat(jalan di sabah)cam mau menagis itu enjin naik bukit(siapa berani kasi naik Exora nya jalan kimanis)....Exora tdak boleh sngat jalan jauh nanti enjin ada masaala(bunyi enjin).....Tapi Exora ok juga,jalan lurus lah.klau jalan2x di sabah ni endak dapat lah.untuk pigi kerja boleh lah.....Sekarang Tukar suda Toyota Innova>>hehehe>>>>

    ReplyDelete
  4. Tapi sekarang dah ada proton exora bold cfe..yang trbaik

    ReplyDelete
  5. Exora bold cfe...dah berubah dari cps. Kalau dulu rupa depan xcantik kini lebih sporty. Dari tepi pun dh xnmpak kosong. Dah ada CVT lg. Lampu smooke di belakang..nampak kemas dan bebaloi dgn wang di belanjakn. Kuasa seperti 2000 walau pun 1.6. Jimat minyak. Warna putih tingkap belakang tinted 70% gelap fuhh xtahan tgk. Layan lagu kegemaran or lagu raya xterasa walau menempuh perjalanan yg jauh. Kuasa sentiasa berada di pedal minyak... Tekan je ada setakat 130km ke 150km senang je dpt. Semasa selekoh xmembuai dan lg ada ABS, EBD, Airbag. Selamat. Sehingga lupa yg Di pandu ini product buatan malaysia. Apa pandangan kalian. Tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  6. saya pemilik exora cfe...dah pakai dari 2012..enjin memang power..sama juga mcm cps,mula nak jalan slow sikit,munkin sebab kawalan dari komputer,brang ca, pro semua mcm tu kot.persona saya pun mcm tu jugak...sampai sekarang mileage dah 99817km...setakat ni tiada masalah besar...

    ReplyDelete
  7. Sy pemilik exora cfe 2012..alhamdulillah terbaik dlm kelasnya..xde mslh setakat ni..terima kasih proton sbb menghasilkn produk tempatan yg terbaik

    ReplyDelete
  8. Tengah plan nak beli mpv. X dpt keputusan lg. Samaada innova atau exora atau starex. Anak 7 tp saiz badan x besar lah.. Ikut ayah dia masa bujang.. Heee.. Hrp dpt tlg saya buat keputusan.. Tq all

    ReplyDelete
  9. Saya sudah memandu inova selama 3 tahun Dan mencapai milage 385k sehingga hari ini..ternyata inova memang sesuai dalam hidup saya is memang lasak..casis dari model hilux dijadikan MPV...semakin berat muatanya semakin tegap is meluncur..Dari segi injin is umpama kerbau melanyak sawah..saya upgrade dengan dengan ngv pun dia masih power..Dan jangan and a tidal percaya milage sudah menjangkau 385km DLM masa 3 tahun..and a harus percaya kerana ianya adalah sebuah Teksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yang santai dan menarik.. berjaya menambat hati saya untuk beli Toyota Innova second sebijik dan pasang NGV... Lepas tu bawak Grab.. he he he... Gurau jer bab Grab tu.. jangan murka..

      Delete
  10. Saya sudah memandu inova selama 3 tahun Dan mencapai milage 385k sehingga hari ini..ternyata inova memang sesuai dalam hidup saya is memang lasak..casis dari model hilux dijadikan MPV...semakin berat muatanya semakin tegap is meluncur..Dari segi injin is umpama kerbau melanyak sawah..saya upgrade dengan dengan ngv pun dia masih power..Dan jangan and a tidal percaya milage sudah menjangkau 385km DLM masa 3 tahun..and a harus percaya kerana ianya adalah sebuah Teksi

    ReplyDelete
  11. Salam tuan2. Saya pengguna innova model tahun 2015. Beli baru..pada harga 110k.jika tak salah...

    Ini adalah komen jujur dan tidak bias kpd mna2 kereta, sekadar pandangan.

    Innova;

    Positive/my favourite part;

    1. Aircond - sejuk...puashati...sesuai cuaca malaysia.

    2. Ruang - pada saya dan famili ...kami sngt2 berpuashati....basikal...wheelchair...kotak2...penumpang...ada cukup ruang. We loved this.





    Negative/yang say tidak suka;

    1. Engine under power/kuat mengaum bila start...dan juga ketika overtake atau cuba increase acceleration di hiway. Elemen ini...mengganggu serta tidak ekonomi....kuat mkn minyak.

    2. Jika ada yg berkata innova jimat minyak....saya jujurnya berkata...innova is not a fuel saver...sngt kuat mkn minyak!

    4. Horsepower;klo lawan exora yg 1600 cc pon...innova kalah...pikap...apa lagi topspeed...innova tak mmpu ....

    5.maintenance

    Saya dari awal till now maintain dgn toyota. So...pd saya MAHAL.. Tak taulah jika kdai bukan toyota maybe lebih murah...but i want to maintain...tp..mm costly.
    However; 2 years passed...saya lihat ok lah..enjin...aircond..suspension

    Masih ok...mileage dah 100k+


    Jd...overal..saya bnyk tak puashati dgn innova...akn tetapi..bila saya duduk front seat...saya boleh rasa...i will keep her long....sebb of tge little few positivity yg saya nmpk..especially...space..aircond..dan bawak barang.

    Minyak?...terok..boh😂😂

    +60102258770

    Zulkifli

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ker bang. sy br nak tukar dari exora ke innova

      Delete
    2. Alhamdulillah...sy da pakai Innova sejak 2012...xde la bermasalah mcm Exora abg ipar sy..lebih kurang lah 2012...mcm2 kena maintanance masuk tahun ke 3 lg...tp punya Innova x byk kerenah...tukar tayar bunga botak jer...cuma masuk tahun ni baru ada gasket bocor kt bhg enjin..biase lah tu kan...barang dan berusia... insya Allah..dlm pertimbangan nk tukar Innova versi baru pulak...sbb sy amat puas hati dengan Innova...lima bintang sy kasik😄👍🏻

      Delete
  12. Assalamualaikum.... Saya pernah guna Kia Carnival (Tukar Enjin Mitsubhisi 6A13TT) jual dan beli Naza Ria. Naza Ria xcdent total lost. memang terbaik 2 jentera tu. Sekarang guna Toyota Unser dan Naza Citra, Unser sentiasa ke petrol Pump.... citra ruang kecil.... sekarang mengintai Innova .....

    ReplyDelete
  13. Saya Pakai innova sejak Tahun 2008 hingga kini.. Memang sangat puas Hati...

    ReplyDelete
  14. Sy pengguna innova 2018..sy pnah cuba kl ke arau perlis rm80 hampir 480km .tp kalau jln bandar cam kl rm30 hanya rm150km

    ReplyDelete
  15. Saya cadang nak beli innova 2008.tapi risau juga mileage dah 200k lebih..minta pandangan tuan

    ReplyDelete
  16. Saya pakai Innova 2.0x mmg hancur giler..menyesal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hancur mcm mana tu tuan...ada problem ke..sy br bcdg nk amik innova 2.0x ni..

      Delete
  17. Space mne besarr.. innova ke exora

    ReplyDelete
  18. Saya rasa toyata unser lebih baik dan tahan lasak.. unser boleh bawa muatan berat tapi masih boleh jalan laju.. enjin kena masuk air waktu redah banjir masih boleh senang start..aircond sejuk semua dapat.. selesa perjalanan untuk anak2 dan mak ayah..spare part murah dekat shah alam banyak boleh dapat.. minyak jimat untuk orang yang pandai kawal minyak masa bawa kereta..yang tak pandai kawal minyak confirm pergi petrol kena isi.. unser tak boleh compare dengan avanza dan innova sebabnya.. avanza dgn innova lebih banyak dekat used car dari toyata unser...sekian..

    ReplyDelete
  19. Saya pakai Innova x 2018.saya baru pakai sebulan.sebelum ni livina 1.6(a).penggunaan minyak antara dua jentera ni....of course Innova kuat ckit dibandingkan livina.tapi tak lah jauh sangat bezanya untuk penggunaan petrol.innova terbaik bagi saya...ruang luas....long distance tak tak terasa jauh sangat...sebab mpv ni tinggi. Innova rear 2 wheel drive..sebab tu mantap.saya dah survey banyak mpv sebelum saya amik Innova ni.kalau nak kata short distance Innova kuat minyak, Saya pakai livina sebelum ni pun short distance pun kuat jugak.Padahal 1.6 tu...masing2 ada pendapat masing2...saya tetap respect jika anda pakai mpv selain Innova sekalipun.hihi...

    ReplyDelete
  20. Plan nak ambil innova ni..doa kan berjaya

    ReplyDelete
  21. Saya pakai innova tahun 2007..dan upgrade innova yg baru tahun lepas. So far innova mmg lasak..jarang ada masalah besar. Bawak santai dari jb ke shah alam baru 50 hinggit..x caya? Cuba bawak ikut speed limit 110. Kalau lenjan pun baru 70 hinggit..minyak jimat dari yg model lama walaupun berat kereta bertambah 100kg. Mmg sesuai dgn saya yg 6 orang sekeluarga. Tapi masing masing punya pendapat sendiri..wallahualam.

    ReplyDelete
  22. Akum all broz, kawan tlh beli second inNova tahun 2012, sewaktu bawa.. Mcm power kurang @ mendak.. Kadang2 oklah pula.. Kawan dah tukar plug, air filter, oil auto, minyak hitam... Tapi masih mcm tu.. Kadang2 power, kadang2 x power..

    ReplyDelete
  23. Fuel cosumtsion model innova 2012 average ..

    ReplyDelete
  24. saye tgh tggu innova z. makluman dr org dlm toyota japan byk penambahbaikan dlakukan antaranye:
    - 3.5 petrol turbo super charger
    - boleh menyelam dalam air
    - spare tayar ade 4
    - cermin kalis peluru n radiasi radioaktif
    - 8 auto tranmision gear with padle shift
    - sensor berbunyi bile dpt detek taik lembu atau kerbau kat jalan raya
    - kelajuan reverse gear bole cecah 180 kmh
    - dan yang terakhir innova ni ade anti rasuah.
    sekian

    ReplyDelete
  25. Saya guna Innova 06, setakat ni ok. Pasang roofbox, mmg selesa. Cuma kalau bawa penuh penumpang rasa lebih ok

    ReplyDelete
  26. salam..sya baru pakai innova dri tahun lepas..mmg tahan lasak..penah bawa 10 atau 11 penumpang mmg ok..steady je jln.n uma sya atas bukit ..ok jr laju naik walaupn pedel minyak tekan slow..naik smooth jr..toyoya innova mmg terbaek..

    ReplyDelete
  27. Saya dh pakai camry, wish dan skg dh 2 tahun pakai innova(2011)
    Setakat ni innova terbaik buat sy dr segi ruang.rupa paras memang xboleh lawan wish.
    Lasak, lagi berat beban lagi sedap bawak. Jalan jauh xrasa penat badan. Servis pn xla mahal sgt.penggunaan petrol 700km dr jb ke tanah merah kelantan rm120(rm2.08). Kesimpulan, innova memuaskan.

    ReplyDelete
  28. Saya dh pakai camry, wish dan skg dh 2 tahun pakai innova(2011)
    Setakat ni innova terbaik buat sy dr segi ruang.rupa paras memang xboleh lawan wish.
    Lasak, lagi berat beban lagi sedap bawak. Jalan jauh xrasa penat badan. Servis pn xla mahal sgt.penggunaan petrol 700km dr jb ke tanah merah kelantan rm120(rm2.08). Kesimpulan, innova memuaskan.

    ReplyDelete
  29. Badrul74
    Saya pengguna innova 2007 dan beli 2nd hand je. Dah 6 thn lebih pakai hingga sekarang cuma servis minyak hitam, plug, air filter dan belting. Alhamdulillah belum lagi buat hal. Petrol memang kuat tapi kena dengan kuasanya 2000cc. Bagi saya ok je sebab ini family car serba-serbi senanglah untuk isi barang dan lakukan perjalanan jauh. Bagi saya ia kenderaan lasak dan yang pentingnya engin memang sedap lenjan terutamanya selepas saya tukar airflow sensor standard kepada airflow hilux...memang terbaekkkk guys. Rim 18 tayar 55 rileks je naik hihgway karak pastu mendaki genting sempah. Last change gear 4 bila last 1km ke terowong genting sempah. Memang terbaek setakat ni. Saya akan guna ia sampai bila pun walaupun banyak mpv keluaran baru comel2 belaka.

    ReplyDelete
  30. Maaf2...rim 17 tayar 55 ye...typo taip tadi🙏😁

    ReplyDelete
  31. Saya pakai innova tahun 06..ambik tahun 2019..berulang dr kl ke gua musang 2 mggu sekali..wlupn kereta usia tua tp pemanduan padu..sblm ni pkai waja..minyak lebih sikit je dr waja..overall puas hati dgn innova

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum semua.. izinkan saya memberi pendapat serba sedikit berkaitan mpv innova..

    Untuk pengetahuan semua , saya memiliki innova x (2019) & pada pandangan saya , innova versi baru ni mmg terbaik.. kenapa saya cakap mcm tu??

    1) tiap² minggu perjalanan dari pulau pinang - johor bahru (selesa sangat , boleh non-stop penang JB)
    2) mileage dah 33,000km penggunaan selama 3 bulan (enjin terbukti lasak)
    3) penggunaan minyak?? Jimat jika jalan jauh (kos minyak rm100 dari penang ke JB cruising 110kmh)
    3)

    ReplyDelete
  33. Salam,saya baru beli innova spec e taun 2006,sebelum ni pakai wira..belt enjin tu brapa kilometer nak kena tukar sbb odometer dah 149k..tq

    ReplyDelete