- Melapangkan masa dengan belanja anak isteri. Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.
- Menahan marah. Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda
- Menunjukkan orang sesat. Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.
- Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.
- Bersedekah. Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi sunat. Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
- Bercelak. Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- PuasaNiat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala. Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Thursday, 24 December 2009
PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA
Sunday, 20 December 2009
TEPIS DAKYAH ORIENTALIS BARAT
Dakyah orientalis Barat yang masih berdegil menganggap jihad sebagai jalan untuk menyebar agama Islam ke merata tempat di seluruh dunia perlu ditangani semua umat Islam di dunia, kata Pengerusi Ulama Sedunia Prof. Dr. Yusuf Abdullah Ali Al-Qaradawi.
Dr. Yusuf berkata, justeru itu, umat Islam perlu memahami konsep jihad dalam ajaran Islam yang sebenar agar dapat membantu mereka mempertahankan hujah berkaitan penyebaran agama Islam. Katanya, selain kefahaman mengenai konsep jihad, pelbagai cara lain pada zaman moden sekarang boleh digunakan untuk menyebarkan ajaran Islam seperti media cetak dan elektronik serta Internet.
"Sememangnya Islam mengajar umatnya untuk menyebar ajaran Islam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Adalah rosak jika ia dibuat sebaliknya dan untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara mestilah terlebih dahulu difahami perbandingannya," katanya.
Semasa menyampaikan ceramah perdana bertajuk Fiqh Jihad pada majlis Muhadharah Perdana 2009 di sini hari ini, Dr. Yusuf yang juga Pengerusi Fatwa di Eropah berkata, malahan ajaran Islam tidak pernah disebarkan kepada umat manusia secara kekerasan walaupun jihad adalah satu kewajipan.
"Sememangnya kekerasan bukan jalan paling bijak untuk menyampaikan syiar Islam. Peperangan menggunakan pedang bukan bertujuan untuk membuka negeri saja.
"Sebenarnya pedang tidak dapat membuka minda manusia," katanya.
Ulama tersohor dunia Islam yang turut disegani Barat itu yang juga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan semalam, berkata, pemahaman dan pendapat yang kurang tepat mengenai syiar Islam terbukti apabila hotel di sebuah negara jiran hanya meletakkan kitab Injil di setiap bilik kerana merasakan orang bukan Islam tidak boleh memegang kitab suci Al-Quran.
Majlis Muhadharah (syarahan ilmiah) itu bertujuan berkongsi pengetahuan dan maklumat Tokoh Maal Hijrah 1431H dengan masyarakat Islam di Malaysia, meningkatkan kesatuan fikrah dan perpaduan serta menjana pemikiran umat Islam di negara ini supaya lebih dinamik dan progresif.
Monday, 7 December 2009
JALAN-JALAN DI CAMERON HIGHLAND
Balik dari Bagan Serai kami singgah semalam di Cameron Highland. Guna laluan Simpang Pulai Cameron Highland. Jalan ini landai sikit dan selekohnya kurang tajam. Cameron Highland ni memang selalu kami kunjungi untuk menikmati kedinginan hawanya. Ditambah pula jika ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, memang segar. Kami bukan nak beli-belah sangat di sini. Cuma tengok-tengok sahaja. Rasanya sayur-mayur di Maslee Pontian lebih murah dibandingkan di CH ini. Yang kami beli biasanya strawberi segar, ubi keledek manis dan barangan cenderahati.
... pun dengan bunga...
Kali ini dengan pasu berbunga...
Bergambar dengan strawberi gajah.
Melawat Cactus Point.
KAMPUNG TERAP
Sebuah kampung bernama Kampung Terap. Dimanakah kampung ini? Kampung Terap ini terletak di Kati, di daerah Kuala Kangsar, Perak. Kampung ini jauh masuk (3 kilometer) ke dalam dari jalan besar Kuala Kangsar - Gerik yang dihubungkan dengan jala tar yang sempit. Tak ramai yang duduk di kampung ini. Rumahnya jauh-jauh dan tak ada satu pun kedai runcit. Jika nak beli sesuatu penduduk akan pergi ke pekan Kati. Ada sebuah surau. Ada beberapa sungai dan anak sungai. Jambatan (titi) yang menyeberangi sungai kelihatannya sempit, muat-muat satu kereta.
Apakah yang menyebabkan saya selalu ke kampung ini apabila balik kampung?
Sebenarnya kampung ini adalah kampung bapa dan emak saudara kami sebelah orang rumah. Kami panggil Pak Man dan Mak Yong. Dia orang beli tanah di kampung ini, buat rumah dan tinggal di seberang sungai di kampung ini. Nak pergi ke rumah diorang terpaksa menyeberangi dua jambatan yang sempit. Daya penarik kuat mengapa kami nak sangat pergi ke rumah Pak Man dan Mak Yong di Kampung Terap ialah kerana di depan rumahnya ada sungai (lata) yang jernih airnya. Sungai yang berbatu dan berpasir itu mengalir pula air yang sejuk dan dingin. Kalau dah berendam susah nak naik. Lepas mandi makan nasi dan minum air kelapa muda. Fuhhhh memang menyelerakan...... Kena pulak sepupu kitorang (anak-anak Pak Man dan Mak Yong) dari kota Kuala Lumpur juga balik kampung....lagilah meriah dengan sembang dan bergebang....
Foto-foto ini menjelaskan lagi mengapa kami sekeluarga akan berkunjung ke rumah Pak Man dan Mak Yong di kampung Terap.
Sunday, 6 December 2009
PEKAN KUALA KURAU
Apabila balik bercuti di Bagan Serai, tempat yang saya suka kunjungi ialah Pekan Kuala Kurau. Biasanya saya ke sana pada waktu pagi. Di waktu pagi begini di kawasan pasar ramai orang. Pagi-pagi begini ramai penduduk di sekitar pekan bersarapan pagi di gerai dan warung. Rasanya orang lelaki di sini tak reti bersarapan di rumah. Itu andaian saya saja... Selain roti canai dan nasi lemak, menu utama yang digemari penduduk di sini ialah nasi dengan kari ikan sembilang. Menu itu susah dijumpai di sebelah selatan tanah air. Kalau datang pukul 8.00 pagi kari dah habis. Itulah keistimewaan Pekan Kuala Kurau. Pada mulanya saya berasa janggal dengan menu itu. Pagi-pagi dah makan kari! Sekarang ni pulak dah biasa. Masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek.....
Satu lagi keistimewaan Kuala Kurau ialah jambatan yang menyeberangi Sungai Kurau. Biasanya jambatan boleh digunakan oleh pelbagai kenderaan tetapi jambatan di Kuala Kurau ini hanya boleh dilalui motosikal, basikal dan pejalan kaki. Jambatan ini hanya untuk menghubungi pekan dengan kampung nelayan di seberang. Lain-lain kenderaan yang besar menggunakan jambatan lain.
KAKAK DI KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR
Subscribe to:
Posts (Atom)