Sunday 6 December 2009

PEKAN KUALA KURAU


Apabila balik bercuti di Bagan Serai, tempat yang saya suka kunjungi ialah Pekan Kuala Kurau. Biasanya saya ke sana pada waktu pagi. Di waktu pagi begini di kawasan pasar ramai orang. Pagi-pagi begini ramai penduduk di sekitar pekan bersarapan pagi di gerai dan warung. Rasanya orang lelaki di sini tak reti bersarapan di rumah. Itu andaian saya saja... Selain roti canai dan nasi lemak, menu utama yang digemari penduduk di sini ialah nasi dengan kari ikan sembilang. Menu itu susah dijumpai di sebelah selatan tanah air. Kalau datang pukul 8.00 pagi kari dah habis. Itulah keistimewaan Pekan Kuala Kurau. Pada mulanya saya berasa janggal dengan menu itu. Pagi-pagi dah makan kari! Sekarang ni pulak dah biasa. Masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek.....

Satu lagi keistimewaan Kuala Kurau ialah jambatan yang menyeberangi Sungai Kurau. Biasanya jambatan boleh digunakan oleh pelbagai kenderaan tetapi jambatan di Kuala Kurau ini hanya boleh dilalui motosikal, basikal dan pejalan kaki. Jambatan ini hanya untuk menghubungi pekan dengan kampung nelayan di seberang. Lain-lain kenderaan yang besar menggunakan jambatan lain.



Pekan Kuala Kurau.
Jambatan penghubung pekan dengan kampung nelayan.
Atas jambatan. Macam Tembok Besar China.
Kampung nelayan di sepanjang sungai.

No comments:

Post a Comment