Balik dari Bagan Serai kami singgah semalam di Cameron Highland. Guna laluan Simpang Pulai Cameron Highland. Jalan ini landai sikit dan selekohnya kurang tajam. Cameron Highland ni memang selalu kami kunjungi untuk menikmati kedinginan hawanya. Ditambah pula jika ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, memang segar. Kami bukan nak beli-belah sangat di sini. Cuma tengok-tengok sahaja. Rasanya sayur-mayur di Maslee Pontian lebih murah dibandingkan di CH ini. Yang kami beli biasanya strawberi segar, ubi keledek manis dan barangan cenderahati. Pekan Brinchang. Kami bermalam di sini.
Murtabak yang dibalut kulit popia. Hanya terdapat di pasar malam Brinchang. Sedappp....
Berhenti nengok-nengok bunga. Waktu pagi begini parking belum penuh. Di MARDI Cameron Highland. Bergambar mesti dekat dengan bunga.... Dengan bunga lagi..... ...masih dengan bunga... Kali ini dengan kaktus. Kebun sayur. Bunga yang cantik. Gadis dan bunga... ... pun dengan bunga...
Kali ini dengan pasu berbunga...
Bergambar dengan strawberi gajah.
Melawat Cactus Point.
Ladang teh ini wajib dikunjungi.
Macam tak pernah tengok ladang teh... Cantik ladang teh ni... Lata Iskandar. Hutan Rekreasi Kuala Woh. Mengapa kat Johor tak banyak macam ni? Rasanya kat Perak melambak-lambak lata seperti ni...contohnya seperti kat Kampung Terap.
Bergambar latar belakangnya jambatan gantung. Tak berani naik. Diorang masih fobia dengan peristiwa jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.
No comments:
Post a Comment