Thursday 24 December 2009

PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA


  1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri. Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.
  3. Menahan marah. Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.
  6. Bersedekah. Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi sunat. Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
  9. Bercelak. Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. PuasaNiat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala. Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

No comments:

Post a Comment